Thursday, 1 January 2009

bertukar

tahun baru. hidup baru. blog baru.

www.pbnjh.wordpress.com

Friday, 19 December 2008

should I continue?

Terlalu banyak perubahan berlaku semenjak lima bulan yang lalu.

Saya menamakan tempoh ini sebagai 'dark ages'.

Dalam kegelapan aku berjumpa sinar. Pengalaman ini mengajar aku menghargai ibu bapa aku yang selama ini aku perlekehkan. Pengalaman ini mengajar aku bahawa tuah tidak bergolek selamanya, sudah tiba masanya untuk aku bekerja keras.

Aku hampir tidak percaya apabila aku berjinak-jinak semula dengan dunia internet, aku telah melupakan hobi blogging aku selama hampir setengah tahun. aku masih berfikir-fikir, perlukah aku teruskan atau cukup setakat ini sahaja.

Sunday, 14 December 2008

sipadan semporna mabul kapalai diving sabah malaysia sabah uncle chang

ok. here's the updated website of
Uncle Chang's dive shop in mabul and sipadan

http://www.ucsipadan.com/en.html

Saturday, 13 September 2008

berubah

Tidak sekali-kali aku menyangka musim panas ini terlalu banyak mengubah aku.
Terlalu banyak doa-doa aku juga dimakbulkan.

Beberapa tahun ini aku berasa sangsi dengan pilihan yang aku lakukan, aku telah memilih pakej pendidikan yang aku menentukan siapa aku untuk seumur hidupku. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha tetapi selalu mengharapkan terdapat perubahan di sepanjang perjalanan itu. Doa aku akhirnya dimakbulkan.

Sekiranya kamu mengikuti perkembangan blog aku sejak 5 tahun yang lalu, mesti kamu perasan betapa aku obses dengan Acai. Musim panas ini menemukan aku dengan seseorang yang berjaya membuat aku menolak Acai terus dari kehidupan ku. Semoga aku dan seseorang itu kekal selamanya.

Tidak aku sangka di usia 22, aku diberi peluang untuk bermula sekali lagi. Akan aku gunakan peluang itu sebaiknya.

p/s : Mungkin aku akan berpindah ke blog lain kerana blog ini diwujudkan untuk mencatat pengalaman suka duka aku di Bath. Nantikan blog baru aku apabila semuanya pasti kembali.

Thursday, 24 July 2008

kawan-kawan

menghabiskan hujung minggu di ibu kota.

berjumpa kawan lama dan baru.

mid valley, late night movie, hard rock cafe, pavillion, bukit bintang, boling, bangsar dan the curve.

bukan tidak mahu upload gambar, tapi internet setaraf siput babi.

walaupun secara lahiriah kami banyak berubah. Zahirnya kami masih sama.

gambar ada di blog ini : osyim dan iyan.

Friday, 11 July 2008

too little time

bukan kali pertama hidup ini berliku-liku.

akan kembali apabila semuanya selesai.