Saturday 13 September 2008

berubah

Tidak sekali-kali aku menyangka musim panas ini terlalu banyak mengubah aku.
Terlalu banyak doa-doa aku juga dimakbulkan.

Beberapa tahun ini aku berasa sangsi dengan pilihan yang aku lakukan, aku telah memilih pakej pendidikan yang aku menentukan siapa aku untuk seumur hidupku. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha tetapi selalu mengharapkan terdapat perubahan di sepanjang perjalanan itu. Doa aku akhirnya dimakbulkan.

Sekiranya kamu mengikuti perkembangan blog aku sejak 5 tahun yang lalu, mesti kamu perasan betapa aku obses dengan Acai. Musim panas ini menemukan aku dengan seseorang yang berjaya membuat aku menolak Acai terus dari kehidupan ku. Semoga aku dan seseorang itu kekal selamanya.

Tidak aku sangka di usia 22, aku diberi peluang untuk bermula sekali lagi. Akan aku gunakan peluang itu sebaiknya.

p/s : Mungkin aku akan berpindah ke blog lain kerana blog ini diwujudkan untuk mencatat pengalaman suka duka aku di Bath. Nantikan blog baru aku apabila semuanya pasti kembali.

9 comments:

Azurah Anuar said...

hi zeq, do let me know ur new blog if you are moving okeh.

:)

Azis said...

ooo..mau berhijrah blog baru..
pe cite terbaru?

Osyim said...

good to know that =)

Precious S. said...

oi.
siapa?
dmn?
bagaimana?
apa?
bila?
mengapa?

i want to know EVERYTHING!
YM me ya.
take care!

Anonymous said...

apakah perubahan itu? nak tahu!

superunknown said...

yey dh ada posting! salam aidilfitri zeq. dah kat mana skang?

i'll said it again here zeq. u deserve it. benda yg dh lepas tu jadikan standard perkara2 yg ko perlu lupakan n tak diulangi. genuinely happy for u!

ill pray it last forever for u. amin.

Azis said...

satu Syawal menjelang tiba,
takbir bergema menggegar jiwa,
kalau ada salah dan dosa,
ampun dipinta di hari mulia.

~SALAM AIDILFITRI~

Unknown said...

semoga berbahagia selamanya..
aku sentiasa akan doakan apa saja demi kebahagiaan kamu...

itu pun adalah sebagai tanda kasih sayang jugak kan..yang penting orang yang kita sayang bahagia dengan orang yang disayanginya..AMIN..

renny said...

Hi...salam kenal.

please visit us http://www.unand.ac.id/arsipua/abstrak/