Tuesday, 9 January 2007

MAK

dia yang berdiri pakai baju hitam

Aku tau cita-cita dia untuk ke China dan Piramid.

Dia kerja 16 jam sehari.

Dia orang Filipina.

Dia suka menonton filem-filem hollywood.

Dia suka baca buku-buku sejarah.

Dia suka tengok Discovery Channel dan National Geographic.

Oh ya, AF pun dia suka juga.

Dia sanggup gadaikan hantaran kahwinnya dan perhiasannya untuk bantu ayah aku mulakan kerjaya.

bukan sekali tapi berkali-kali.

aku tidak pernah lihat dia bercuti atau bersenang-senang.

dia tidak pernah masak makanan yang tidak sedap.



tapi, cita-citanya untuk ke china dan piramid mungkin tidak akan tercapai.

sebab dia bukan warganegara malaysia.

bukan juga warganegara filipina.

urusan visa.... passport......

setiap kali aku teringat dia.

aku sedih. malah menangis.

sebab memikirkan orang yang aku sayang.

ya aku sayang, walaupun aku tidak pernah tunjuk.

orang yang aku sayang, menunggu lebih daripada 35 tahun dan mungkin lebih.

dan mungkin tidak mungkin akan berjaya melaksanakan impiannya.

kalaulah aku mampu mengubah dunia.




No comments: