aku tidak larat mahu sampung post pasal Italy. Satu, sebab mungkin akan menimbulkan perasaan 'jeles' kepada semua orang. Kedua, kerana saya sibuk kerja di restoran tercinta.
hari keempat dan kelima saya di Italy dihabiskan di Vatican City, Spanish Step, Trevi Fountain, membeli belah cenderahati (atau cenderamata?) dan sebagainya.
ok.
2007 sememangnya tahun yang sangat bermakna untuk aku. aku banyak berjalan-jalan ke eropah. bersendirian. bersosial semula. membuat keputusan paling sukar pernah aku lakukan. membuat keputusan paling bodoh pernah aku lakukan. mengerti perasaan sunyi. mengenali manusia dari pelbagai latar belakang.
pendek kata, pada tahun ini aku mengalami perubahan yang sangat banyak dari sudut personaliti, kehidupan sosial, percintaan, kewangan dan cara berfikir.
banyak yang aku kesali. banyak juga yang manis.
selamat tinggal 2007.
semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.
Sunday, 30 December 2007
post saja-saja
Saturday, 29 December 2007
Hari Keempat - Rome
Pagi kami di Rome dimulakan dengan insiden dompet aku dicuri oleh penyeluk saku di metro. tidak sedih sangat kerana perkara seperti ini telah dijangka sejak awal. Dan tidak lengkap pengalaman ke Italy kalau dompet tidak dicuri. Ini ialah laporan polis yang kami buat.

Makan malam. Lupa ambil gambar makanan sebab terlalu lapar. Kami makan seekor seabass, sotong, spageti seafood dan salmon pasta.
Friday, 28 December 2007
Hari Ketiga - Tuscany
Esoknya, kami bangun dengan awal dan perasaan tidak sabar untuk meninggalkan hotel yang teruk itu. Bekejar ke stesen keretapi, menyimpan beg dan sarapan. Secawan cappuccino dan colombo (roti nipis + sayur salad + tomato + cheddar).
Dan kami mula mengalami kepayahan kerana orang di Florence kurang fasih berbahsa Inggeris berbanding di Venice. Fatin terpaksa menggunakan kepakaran bahasa Italy yang dipelajari daripada program BBC dan aku cuba menyerabutkan keadaan dengan menyebut perkataan-perkataan sepanyol yang hampir serupa dengan bahasa Italy untuk membantu perbendaharaan kata Fatin.
Melalui maklumat yang kami perolehi dari orang ramai yang ke Pisa, semua mengatakan Pisa sangat dekat dengan Florence. Tipu belaka. Perjalanan ke Pisa dari Florence mengambil masa selama 1 jam. Malah kami sangkakan kami telah terlepas stesen atau terlupa transit di mana-mana.
Tetapi sebagai pelancong yang comel. Kami tetap juga bersemangat untuk bergambar dan bercuti. Inilah dia hasilnya.
di sebatang jambatan di tengah-tengah pisa.
Sesungguhnya, stesen keretapi Pisa adalah sangat jauh daripada Menara Condong Pisa. Siapa kata hanya 5 minit berjalan kaki? dan tidak perlu masuk ke pekan pun? masa berjalan kaki dari stesen keretapi ke menara condong sebenarnya ialah 38 minit dan kami sempat lalu di 'high street' Pisa.
Nasib malang kami ditambah lagi. Kamera Fatin terjatuh dan terhempas ke lantai dan menyebabkannya tidak dapat berfungsi langsung!
Tetapi semua kemurungan kami hari itu terubat apabila seorang pakcik Italy tiba-tiba bertanya kepada kami di stesen keretapi. Berikut ialah perbualan kami.
pakcik : Cina? Cina? (sambil membuat muka hairan di depan aku)
aku : No! No!
pakcik itu bergaduh dengan isterinya. kami agak pakcik itu berkata. 'kan aku dah cakap, bukan orang cina'.
pakcik : India? India?
aku : No! No!
Fatin : Malaysia :)
pakcik itu bergaduh dengan isterinya lagi. Kemudian bertanya dalam bahasa sepanyol. Pelik. Mungkin dia tersalah dengar.
pakcik : Quantos anos? (sepatutnya huruf n ada tanda di atas, anos bermaksud bontot, manakala anyos pula bermaksud umur)
aku : Veintiuno y ella (sambil menunjuk ke arah Fatin dan Ayu) veintidos.
pakcik : Ooo... turis?
aku : Si.
Kemudian kedengaran pengumuman penukaran platform di saat akhir dan pakcik itu berusaha untuk menjelaskannya kepada kami.
Comel sungguh pakcik yang penuh dengan sifat ingin tahu itu.
Florence
Kami tiba di Florence, penat dan sudah pukul 3 petang, sedangkan keretapi kami ke Rome bertolak pukul 5.30 petang. kami berjalan dengan kelajuan cahaya ke bandar Florence dan hanya mengambil gambar di mercu tanda paling popular. Duomo. Sempat juga membeli pizza dan pastri untuk makan malam kami.

Thursday, 27 December 2007
Hari Kedua - Venice
Pemandangan dari tingkap bilik kami di Locanda Saileri
Gambar-gambar rawak di kedai-kedai sekitar Venice
sebatang jalan yang tipikal
Terusan Besar (Grand Canal) dari atas Jambatan Rialto
pasar Rialto
sebatang jalan tipikal jugaWednesday, 26 December 2007
Hari Pertama - Venice
Pasangan tipikal di Venice
(Pakcik seluar terang dan makcik berbaju panas bulu, glamer kan?)
berjalan-jalan tanpa hala tuju
(Lorong yang paling aku suka)
Semasa merayau-rayau, kami terjumpa tempat membeli tiket untuk menonton Concerti Interpreti Veneziani (Concert Music in Venice) , secara spontan kami membeli tiket (harga pelajar ialah 18 euro).
Semasa membayar bil baru kami tahu, di Italy, kalau kita minum berdiri di bar. Tiada caj layanan dikenakan. (Jangan duduk di meja cafe, kerana caj layanannya dangat mahal, 2 euro seorang!!!)
Silalah menjamu telinga dengan petikan konsert yang mampu kami rakam
bersambung...
Tuesday, 25 December 2007
Buongiorno!!!
Sekarang saya tengah sibuk memindah gambar dari kamera ke komputer riba. Memfailkan gambar di tempat yang sepatutnya. Membaca blog-blog anda semua yang tidak dibaca selama seminggu dan berehat.
Apabila semuanya kembali normal, entry mengenai tiga orang gadis comel yang fasih berbahasa Italy setelah seminggu berada di sana akan diupdate sentiasa.
kami yang kebosanan di Lapangan Terbang Gatwick. Duduk di kedai kopi selama 8 jam.
bersambung....