Friday, 28 December 2007

Hari Ketiga - Tuscany

Di Florence dan Pisa ialah 'lowest point' sepanjang percutian kami. Kami tiba di Florence, malam dan hujan. Hotel yang menakutkan dan susah dicari dan kotor. Kami hanya berdoa untuk esok yang lebih ceria.

Esoknya, kami bangun dengan awal dan perasaan tidak sabar untuk meninggalkan hotel yang teruk itu. Bekejar ke stesen keretapi, menyimpan beg dan sarapan. Secawan cappuccino dan colombo (roti nipis + sayur salad + tomato + cheddar).

Dan kami mula mengalami kepayahan kerana orang di Florence kurang fasih berbahsa Inggeris berbanding di Venice. Fatin terpaksa menggunakan kepakaran bahasa Italy yang dipelajari daripada program BBC dan aku cuba menyerabutkan keadaan dengan menyebut perkataan-perkataan sepanyol yang hampir serupa dengan bahasa Italy untuk membantu perbendaharaan kata Fatin.

Melalui maklumat yang kami perolehi dari orang ramai yang ke Pisa, semua mengatakan Pisa sangat dekat dengan Florence. Tipu belaka. Perjalanan ke Pisa dari Florence mengambil masa selama 1 jam. Malah kami sangkakan kami telah terlepas stesen atau terlupa transit di mana-mana.

Tetapi sebagai pelancong yang comel. Kami tetap juga bersemangat untuk bergambar dan bercuti. Inilah dia hasilnya.


Pisa

di sebatang jambatan di tengah-tengah pisa.

Sesungguhnya, stesen keretapi Pisa adalah sangat jauh daripada Menara Condong Pisa. Siapa kata hanya 5 minit berjalan kaki? dan tidak perlu masuk ke pekan pun? masa berjalan kaki dari stesen keretapi ke menara condong sebenarnya ialah 38 minit dan kami sempat lalu di 'high street' Pisa.

Nasib malang kami ditambah lagi. Kamera Fatin terjatuh dan terhempas ke lantai dan menyebabkannya tidak dapat berfungsi langsung!

Tetapi semua kemurungan kami hari itu terubat apabila seorang pakcik Italy tiba-tiba bertanya kepada kami di stesen keretapi. Berikut ialah perbualan kami.

pakcik : Cina? Cina? (sambil membuat muka hairan di depan aku)
aku : No! No!

pakcik itu bergaduh dengan isterinya. kami agak pakcik itu berkata. 'kan aku dah cakap, bukan orang cina'.

pakcik : India? India?
aku : No! No!
Fatin : Malaysia :)

pakcik itu bergaduh dengan isterinya lagi. Kemudian bertanya dalam bahasa sepanyol. Pelik. Mungkin dia tersalah dengar.

pakcik : Quantos anos? (sepatutnya huruf n ada tanda di atas, anos bermaksud bontot, manakala anyos pula bermaksud umur)
aku : Veintiuno y ella (sambil menunjuk ke arah Fatin dan Ayu) veintidos.
pakcik : Ooo... turis?
aku : Si.

Kemudian kedengaran pengumuman penukaran platform di saat akhir dan pakcik itu berusaha untuk menjelaskannya kepada kami.

Comel sungguh pakcik yang penuh dengan sifat ingin tahu itu.

Florence

Kami tiba di Florence, penat dan sudah pukul 3 petang, sedangkan keretapi kami ke Rome bertolak pukul 5.30 petang. kami berjalan dengan kelajuan cahaya ke bandar Florence dan hanya mengambil gambar di mercu tanda paling popular. Duomo. Sempat juga membeli pizza dan pastri untuk makan malam kami.

duomo

Pizza pertama kami di Italy. Fungi Pizza.

1 comment:

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

jelesi semakin menebal kini kerana aku rasa aku berhak juga untuk menahan dan menolak menara pisa dan membaham pizza seperti zeq.