harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan hutang
aspuri pergi meninggalkan baldi dan penyangkut baju.
-------------------------------------------------
kali pertama kami didenda mencuci tandas.
kami didenda bersama-sama kakak senior.
dan mereka dengan tekunnya mengajar kami cara-cara mencuci tandas yang berkesan.
kerana mereka kata, mereka akan bersara tidak lama lagi.
kami ialah pelapis harapan.
sungguh sistematikkan aspuri kami?
------------------------------------------
aku tidak faham kenapa aspuri suka menconteng bantal.
kalau kau baca dengan teliti contengan di bantal sendiri.
kau boleh tau bantal itu pernah dimiliki oleh siapa sejak berpuluh-puluh batch yang lalu.
kau boleh tahu apa lagu kegemarannya.
kau boleh tahu dia bercinta dengan siapa.
dan kau boleh tahu dia benci siapa.
ya, bantal seperti gua yang mempunyai lukisan org zaman paleolitik kepada aspuri.
kau boleh tau kisah kehidupan senior-senior yang kau tidak pernah jumpa, kalau kau cukup rajin untuk mengkaji bantal kau.
-------------------------------------------------
mewarisi tilam dari aspura adalah sesuatu yang jijik
sangat jijik.
terutamanya kalau tilam itu ada lubang-lubang misteri.
--------------------------------------------------
klik sini untuk kisah-kisah aspuri yang lain.
Monday, 3 December 2007
aspuri S2E2 (turun - temurun)
Thursday, 29 November 2007
aspuri (Season 2 episode 1 - minggu suaikenal)
sangat cliche, setiap kali minggu suaikenal, mesti budak baru akan dibuli oleh senior untuk mengumpul tandatangan. berikut ialah di antara 5 perkara-perkara bodoh yang berlaku semasa minggu suaikenal yang masih aku ingat :
- *budak tuyu disuruh meniup kipas eletrik sehingga berputar sebelum dikurniakan tandatangan.
- kak haziah menyuruh seorang budak tuyu untuk mengulang dan menjerit sehingga semua aspuri dengar ayat yang dia sebut.
kak haziah lebih cute daripada kak zeq. abang h***f suka kak haziah, bukan kak zeq. *bulang. dan budak tuyu menurut perintah. jangan ulang perkataan bulang! budak tuyu mengulang lagi.
aku hanya mampu ketawa memerhatikan rancangan jahat haziah yang tidak berjalan dengan sempurna.
- cikgu sejarah tingkatan 5 sangat cerewet. dia mahu kami memadam semua bekas garisan yang pernah digaris di dalam buku teks oleh batch sebelum kami. dan dia akan memeriksa sama ada kami telah melaksanakan arahannya atau tidak. maka malam hujung minggu itu, ramailah budak tuyu kelihatan memegang buku sejarah tingkatan 5 dan getah pemadam di sepanjang koridor-koridor aspuri .
- seorang budak tuyu telah dijanjikan tandatangan sekiranya setiap kali sebelum prep petang dan selepas beriadah dia membuat pengumuman ini :
perhatian kepada semua aspuri, jumlah under**** pada jam _____ ini ialah sebanyak ____ helai dan jumpah br* pulak ialah _____helai. sekian terima kasih.
- aku ialah kakak yang paling tidak kejam. untuk mendapatkan tandatangan aku sangat senang. hanya perlu datang dengan 100 salinan ayat ini : KAK ZEQ CUTE DAN CANTIK. dan aku rasa ia sangat berkesan kerana, sehingga ke saat ini, budak-budak tuyu yang tanpa aku sangka-sangka baru sahaja selesai menduduki SPM menjejaki aku di friendster dan masih lagi memanggil aku kak zeq cute. hahah. silalah jeles.
*bulang = cakap/ulang dalam dialek kedayan.
* tuyu orang yang blur sebab baru datang ke tampat baru, dialek kedayan juga.
untuk membaca sembilan lagi entri tentang aspuri. sila klik sini.
Tuesday, 3 July 2007
Aspuri (bahagian dua belas - little things that always make me happy)
Sambal dan kicap
Noi bawa sambal udang setiap kali lepas balik kampung.
Nurul bawa sambal kicap.
atau dormmate yang dibawakan kicap oleh pelawat.
Air
kawan anda berjaya menjadi orang pertama menggunakan salah satu pili air.
air masih mengalir di waktu subuh.
Sarapan
kawan atau dormmate yang rajin ke dewan makan di pagi hujung minggu. Selain rajin bangun pagi, mereka rajin menapaukan sarapan untuk anda.
Surat
surat dari dia. jersi hjau putih. kotak-kotak.
surat dari orang-orang lain lagi :)
Seterika
orang yang meminjam tudung aku kemarin, pulangkan sebelum prep malam dan siap berseterika.
Kawan
yang sentiasa menunggu di luar pagar untuk ke prep petang dan surau.
untuk bersembang masa prep.
untuk 'bertrip'. p/s : rindu sangat-sangat sama kamu. kamu tahu kamu siapa. brad dari dulu kini dan selamanya.
Friday, 22 June 2007
Aspuri (bahagian sebelas - jadual)
0430
bangun dan kemas katil
masih x sedar dunia
0500
mandi dan sembahyang subuh kejutkan kawan
masih berguling-guling di katil
0530
kejutkan lagi roommate yang masih berguling-guling. bersiap ke sekolah dan menjalankan tugasan di jadual bertugas.
bangun dan mandi dan sembahyang
0600
sarapan
bersiap dan melakukan tugas seadanya.
0625
perhimpunan pagi
perhimpunan pagi (kadang-kadang berbaris di belakang sebab lambat dan akan didenda)
1315
makan tengah hari
makan tengah hari
1345
solat zohor, mengangakat kain dari jemuran(ampaian), melipat baju
tidur
1415
bersiap ke prep
berguling-guling di katil
1430
prep dan membuat nota
bersembunyi di belakang katil/dalam locker/di tandas
1445
masih tekun membuat nota
balik ke katil, sambung tidur
1600
balik prep
pura-pura baru balik dari prep
1605
menseterika dan sembahyang asar
berebut paip air d kolah atau tandas
1615
gotong royong
gotong royong sambil risau paip air dirampas orang
1700
mandi dan menyuci baju
mandi dan menyuci baju dan bersembang
1745
makan malam
sedang dalam barisan untuk menseterika tudung prep (kadang-kadang masih belum siap mandai dan menyuci baju)
1815
surau
tengah tunggu kawan bersiap ke surau sambil bersembang
1830
surau
surau
1900
mendengar tazkirah
tidur
2000
berbaris ke prep malam, mendengar pengumuman pengawas
berborak
2015
prep malam
masa untuk menengok-nengok abang angkat atau boifren
2045
belajar
membalas surat cinta (kadang-kadang dating di lorong-lorong)
2230
bergegas balik asrama untuk mengiron
balik asrama sambil mencop tempat mensterika selepas kawan rajin
2315
habis menseterika bersedia untuk tidur
menserika sambil bersembang dan minum milo makan maggi bersama kawan-kawan
0000
ZzzZZzzz
bla bla bla
Tuesday, 12 June 2007
Aspuri (bahagian sepuluh - jimat)
jimat air
- mandi menggunakan penutup sabun. dijamin 5 kali ganda lebih jimat berbanding gayung.
- sekiranya anda membilas baju, bancuh dulu dengan sabun mandi. nescaya air bilasan akan lambat berbuih.
- saki baki air bilasan boleh la digunakan untuk memflush toilet yang flushnya rosak.
- atau pon mencuci pad.
- lebihan air cucian baju juga boleh digunakan untuk dua tujuan di atas.
- jangan kentut. jimat wudhu' zohor-asar, maghrib-isyak.
- air wudhu' hendak la ditadah di dalam botol coke. dijamin 100 kali ganda lebih jimat daripada cara biasa berwudhu' dari paip air.
jimat masa
- kalau mensterika baju sekolah, seterika 60% bahagian bawah sahaja, sebab tudung akan cover yang 40% atas. setrika kain sekolah pon sama, sebab baju akan cover yang part atas. seterika tudung labuh part yang luar sahaja, yang orang nampak.
- jangan perah kain masa mahu menjemur. baju kurang berkedut. jima masa seterika.
- disebabkan kami mandi di koridor (berkemban), tv pula diletak ditengah-tengah dataran. anda bolehlah mandi sambil menonton tv. terutamanya semasa dragon ball.
- masa prep boleh digabungkan menjadi masa dating.
- masa di surau boleh dijadikan masa rehat (a.k.a tidur)
- masa menunggu giliran menseterika boleh digunakan sebagai masa minum malam dan bergosip.
jimat sabun
- guna sabun buku. lepas tu, patahkan jadi dua. eksperimen kami membuktikan sabun yang dipatahkan menjadi dua bertahan selama 2 minggu. manakala sebuku sabun tanpa dipatahkan hanya bertahan selama seminggu.
Wednesday, 30 May 2007
Aspuri (bahagian sembilan - sammal)
sammal bermaksud pengotor.
sila jawab ya atau tidak bagi soalan-soalan di bawah.
- anda mandi dua kali sehari (pagi dan petang) walaupun asrama sedang mengalami darurat air
- anda tidak pernah menjejakkan kaki keluar dari aspuri tanpa menseterika tudung dan baju prep.
- anda balik dari sekolah dengan tiada kedutan di bahagian punggung baju kurung sekolah.
- tudung anda berlipat sepanjang masa dan sentiasa kemas.
- anda tidak memakai baju prep yang sama sebanyak dua kali untuk satu minggu.
- locker anda dihias dengan kertas pembalut hadiah yang comel-comel.
- katil anda sentiasa tegang.
- anda mencuci baju setiap hari. Jarak masa paling lama anda tidak mencuci baju ialah selama 48 jam.
- baju sekolah anda tidak berwarna lusuh (i.e memamg baru atau bernila)
- baju sekolah dan tudung sekolah anda mempunyai ton warna yang sama.
- nila anda sekata dan tidak bertompok.
sekiranya anda memberikan jawapan tidak bagi satu penyataan di atas. Anda adalah aspuri yang sammal!!!!
Aspuri (bahagian lapan - dewan makan)
- Ekstra biskut dan tidak payah beratur untuk seflusk milo untuk minum malam.
- Semasa orang lain sibuk prep malam, kami akan ke dewan makan untuk makan malam ekstra.
- Kadang-kadang sarapan hujung minggu dihantar ke dorm kami.
- Kami kadang-kadang dapat telur goreng kalau lauk tidak sedap.
nasi goreng
nasi goreng kak latipah : nasi kawah semalam diletakkan kicap dan digaul dengan tangan.
nasi goreng kak latipah ekstra special : nasi kawah simbah kopi.
Friday, 25 May 2007
Aspuri (bahagian tujuh - hantu)
Senarai hantu yang popular di asrama aku :
Green Lady - Dipercayai berasal dari bukit tengkorak di depan sekolah. Berselubung hijau dan dilaporkan selalu ditemui di tandas aspuri di waktu malam.
Orang Minyak - Bukti orang minyak ini wujud berdasarkan satu kesan minyak (sebesar tapak tangan) di kantin sekolah. Tujuannya adalah untuk merogol aspuri. Cara untuk mengelak daripada dirogol ialah memakai salah satu pakaian (tidak kira baju dalam atau pun baju luar) dengan terbalik.
Hantu Jepun - Dipercayai tempang. Selalu dilaporkan berkawad tengah-tengah malam di bilik siti zubaidah ataupun di koridor Blok B. Fasih berbahasa jepun. Pernah sekali dormmate aku mengigau dan bercakap bahasa jepun. Dia dipercayai dikacau oleh hantu jepun malam itu.
Hantu Rasuk - Hantu ini kerap kali merasuk aspuri secara rawak. Dia dikatakan mati dirogol buruh yang membina aspuri. Kuburnya masih berada di aspuri dan dia menuntut agar perogol-perogolnya diberikan balasan yang setimpal.
Hantu Tandas Tangan Berapi - Hantu ini tidak popular. Pernah diperkatakan oleh beberapa orang aspura. Sebenarnya hantu ini ialah kami. Kami (kawan aku dan aku) pernah dikurung di salam tandas aspuri untuk satu malam. Kami membawa lilin dan mancis sebagai persediaan kerana kami tahu lampu tandas akan dipadam oleh Ummi N. Disebabkan kebosanan yang melampau-lampau di dalam tandas, kami pon menyanyi, berdiri di atas sinki, menyalakan lilin dan mengayun-ayunkan tangan seolah-seolah kami adalah peserta AF. Tindakan kami dilihat oleh beberapa aspura melalui tingkap tandas yang menghadap jalan besar.
Wednesday, 23 May 2007
Aspuri (bahagian enam - kolah)
Sebagai penghuni siti zubaidah, kami nampak dengan jelas dan nyata segala benda dan makhluk yang menghuni kolah. Dalam kolah aspuri ada :
kain sarung, pakaian dalam, gayung, katak, berudu, baldi, lumut dan sepit baju.
Setiap pagi, kami mandi, gosok gigi dan berwudhu' di kolah yang sama tanpa rasa jijik.
updated : aspuri IV dan aspuri V
Friday, 18 May 2007
Aspuri (bahagian lima - penceroboh)
Pengawas lupa mengunci pagar aspuri. Memudahkan kerja 6 orang aspura menceroboh.
Aku tidak tahu apa yang mereka cari dan buat. Aku cuma tahu dialog ini :
+ Bangun! Bangun! Ada pernceroboh!
- Apa? Apa? Bangunan roboh?
---------------------------------------------------------------------------
Kami pernah masuk ke aspura. Semasa aspura pergi solat jumaat.
Tengok-tengok katil.
Tengok-tengok locker.
Pergi ke kolah.
Sebenarnya, semua sama sahaja dengan aspuri.
kecuali, aspura banyak kasut dan sarung kaki.
kasut dan sarung kaki yang maha busuk.
Kolah aspura terbuka. Tidak macam aspuri, ada zink untuk melindungi kami yang seksi berkemban.
Thursday, 17 May 2007
Aspuri (bahagian empat - dress code)
Anak Tudung
Faizah tidak pakai anak tudung ke prep malam.
Malam-malam seterusnya, dia memakai telekung ke prep malam.
Selama seminggu.
Jarum Peniti
*jarum peniti ialah jarum yang perempuan selalu guna di bahagian sisi tudung (dekat dengan bahagian telinga) agar lipatan tudung statik sepanjang masa*
ada 3 golongan aspuri
i - degil - tidak mau memakai sebarang jarum peniti di tudung.
ii - normal - memakai 2 jarum. Di bahagian sisi tudung.
iii - pelik - memakai 3 jarum. dua di sisi. satu di belakang.
Kegunaan golongan pelik ini ialah apabila pengawas lalu, golongan degil akan pinjam jarum mereka untuk selamat daripada denda pelik-pelik.
Sarung Kaki
Kami wajib pakai sarung kaki setiap kali menjejakkan kaki di luar pintu pagar asrama.
Mereka yang degil akhirnya tertangkap.
Petang itu. Aku masih ingat.
Segerombolan aspuri berjalan berkaki ayam mengelilingi blok A. Berjalan di dalam longkang blok A yang airnya berwarna hitam pekat.
Kain dalam
Hampir setiap pagi, pengawas akan memeriksa sama ada kami memakai kain dalam dan baju dalam (singlet).
Kami selalu tidak mahu memakai singlet sebab merasakan ia tidak rasional. Satu, sebab panas. Dua, kami pakai tudung labuh yang menutup hampir kesuluruhan baju sekolah.
Hampir setiap pagi juga, kami akan tarik kain dalam tinggi-tinggi. Hampir ke paras dada. Pengawas akan menarik bahagian baju sekolah. Merasakan ia tebal, membiarkan kami lepas dan tersenyum.
Wednesday, 16 May 2007
Aspuri (bahagian tiga - menyembunyikan bukti-bukti cinta)
Setiap aspuri yang bercinta biasanya memiliki senarai benda-benda di bawah.
Item A : Gambar si dia.
Kulit coklat yang si dia bagi (biasanya ada nota I love you atau I miss you).
Item B : Diary cinta.
Kad-kad cinta (kad ucapan selamat hari lahir, ulang bulan percintaan dan sebagainya)
Satu fail surat cinta dari si dia.
Novel cinta, Komik, Majalah Hiburan.
(kami hanya dibenarkan membaca bahan bacaan yang islamik sahaja)
Disebabkan asrama kami dikuasai oleh rejim Ummi N yang rajin membuat spotcheck. Maka, kami perlu berfikir luar daripada kotak.
Item A
Sentiasa perlu untuk di bawah kemana-mana. Jangan sekali-kali simpan di dalam dompet.
Letak di dalam anak tudung.
Langkah berjaga-jaga : perlu sentiasa memastikan anak tudung ketat, mengelakkan item A tercicir.
Item B
Di depan bilik aku ada fire hose reel (kotak merah bomba yang ada hos di dalamnya). Ambil kunci fire hose reel tersebut. Susunlah Item B di dalamnya dengan rapi. Kemudian kunci.
Langkah berjaga-jaga : sila pastikan pihak bomba di kawasan anda tidak kerap melakukan pemeriksaan keselamatan.
Tuesday, 15 May 2007
aspuri (bahagian dua - baldi)
I
menconteng baldi adalah satu kemestian di aspuri. baldi akan lenyap kalau tidak berconteng.
contoh contengan baldi yang skema :
sarimah binti karim
siti zubaidah
jangan curi
contoh contengan baldi tidak sekma :
sare'
CT zubek
jangan tabak. sapa tabak aku tabak airnya!
*hobi aku masa hujung minggu, menerangkan contengan di baldi yang sudah pudar.*
II
Kak Yam balik dari outing. Beli baldi baru.
aku tengok sekilas. Baldi ada tudung.
aku perhatikan betul-betul. Baldi ada tudung dan dikunci dengan mangga.
*sememangnya, air lebih berharga dari emas di asrama ini*
Aspuri (bahagian satu - Pagi)
I
Seperti biasa, nurul dan aku bangun pukul 5.35 pagi. berkemban. mengangkat air tadahan kami semalam ke bilik air (air di asramaku hanya mengalir dari pukul 4 hingga 6 petang sahaja). air dua baldi bersaiz biasa digunakan secermat mungkin. 5.50 pagi, aku mengambil baju sekolah yang siap dinila dan diseterika dari belakang katil.
solat. kemas katil dan bilik. bersiap memakai baju sekolah yang dinila dan diseterika.
6.15 pagi, lupa hari ini berkuatkuasa peraturan kosongkan asrama pukul 6.10 pagi.
Di pagar aspuri, menunggu Ummi N dengan baldi berisi air dan gayung. Kami yang lambat disimbah air. Nila di bajuku luntur.
II
kadang-kadang, kami ada prep pagi sabtu. Irna, kawan aku bangun lambat.
Ummi N di pintu aspuri. Tersengih.
Irna sampai ke kelas, bukan berjalan tapi melompat. Lompat katak.
III
Pagi khamis lain dari pagi-pagi yang lain. Aku bertugas membuang sampah bilik ke tong sampah besar di hujung aspura.
Aku bangun awal. Baju siap dinila dan diseterika. Berjalan dengan 'kontrol' menuju ke tong sampah dengan seplastik sampah di tangan. Mata melirik ke bilik pengawas aspura. Melilau mencari kelibat dia yang berbaju hitau putih. Petak-petak.