Tuesday 15 May 2007

Aspuri (bahagian satu - Pagi)

I

Seperti biasa, nurul dan aku bangun pukul 5.35 pagi. berkemban. mengangkat air tadahan kami semalam ke bilik air (air di asramaku hanya mengalir dari pukul 4 hingga 6 petang sahaja). air dua baldi bersaiz biasa digunakan secermat mungkin. 5.50 pagi, aku mengambil baju sekolah yang siap dinila dan diseterika dari belakang katil.

solat. kemas katil dan bilik. bersiap memakai baju sekolah yang dinila dan diseterika.

6.15 pagi, lupa hari ini berkuatkuasa peraturan kosongkan asrama pukul 6.10 pagi.

Di pagar aspuri, menunggu Ummi N dengan baldi berisi air dan gayung. Kami yang lambat disimbah air. Nila di bajuku luntur.

II

kadang-kadang, kami ada prep pagi sabtu. Irna, kawan aku bangun lambat.

Ummi N di pintu aspuri. Tersengih.

Irna sampai ke kelas, bukan berjalan tapi melompat. Lompat katak.

III

Pagi khamis lain dari pagi-pagi yang lain. Aku bertugas membuang sampah bilik ke tong sampah besar di hujung aspura.

Aku bangun awal. Baju siap dinila dan diseterika. Berjalan dengan 'kontrol' menuju ke tong sampah dengan seplastik sampah di tangan. Mata melirik ke bilik pengawas aspura. Melilau mencari kelibat dia yang berbaju hitau putih. Petak-petak.

No comments: