Showing posts with label Indonesia vs Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia vs Malaysia. Show all posts

Sunday, 16 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 6 - something really familiar)

The Last Empress oleh Anchee Min ialah sekuel kepada Empress Orchid.

Buku in menceritakan zaman kejatuhan satu bangsa yang pernah menjadi bangsa yang paling disegani di muka bumi. Semua ini diceritakan memalui kaca mata seorang perempuan yang diberikan label pembawa malang dan diktator kejam, Permaisuri Orkid.

China. Bangsa yang mempunyai tamadun dan kebudayaan lebih daripada 2000 tahun. Bangsa yang mempunyai keluasan yang sangat besar. Mempunyai rakyat yang sangat ramai. Mempunyai sumber alam dan keindahan alam yang tidak ternilai. Bangsa yang mencipta inovasi-inovasi terpenting dalam tamadun manusia (tayar, bahan peledak, teknologi pencetakan dsb). Bangsa yang menjadi akar umbi kepada banyak bangsa di zaman moden (Korea, Jepun, Indochina dsd). Bangsa yang mempunyai sistem pendidikan dan politik yang teratur. Bangsa penjelajah yang menjelajah dari timur ke barat. Negara yang mempunyai khazanah yang tidak terhitung (bayangkan hampir semua kerajaan di Asia dan Afrika memberikan ufti kepada mereka). Bangsa yang empunyai identiti yang unik dan seni bina yang mengagumkan. Mempunyai tokoh-tokoh genius dan pahlawan-pahlawan gagah.

Bagaimana bangsa sehebat ini boleh hancur dan terpaksa bermula dari bawah semula?

Berikut ialah beberapa sebab Tamdun China diruntuhkan dalam masa kurang daripada 100 tahun :

  • Kekurangan pemimpin yang amanah dan berkaliber.
  • Pergaduhan di antara etnik. Di mana, etnik yang menjadi etnik pemerintah tidak mahu etnik lain menjadi pemimpin.
  • Rakyat yang leka dengan masalah sosial (candu).
  • Sangat angkuh untuk mempelajari ilmu pengetahuan daripada bangsa lain.
  • Sangat angkuh untuk mendalami tamadun lain. Enggan mengakui bangsa lain juga mempunyai tamadun mereka sendiri.
  • Kekurangan bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, politik dunia kerana mereka lebih mementingkan perkembangan sastera yang tidak relevan dengan pergolakan dunia pada masa itu.
  • Angkuh untuk menjalinkan hubungan baik dengan Jepun kerana merasakan Jepun ialah bangsa hina yang asal-usulnya dari mereka. Sekiranya mereka tidak sebegitu angkuh untuk meminta bantuan dan menjalankan perbincangan secara berhemah dengan Jepun. Sudah tentu sejarah dunia hari ini sangat berbeza.
  • Enggan menerima kenyataan bahawa alam semesta tidak berpusat kepada mereka, walaupun mereka bukan lagi kuasa ekonomi dunia.
  • Pemimpin dan rakyat yang lebih rela menumpukan perhatian kepada pekara remeh-temeh kerana tidak mahu mengendahkan perkara-perkara yang lebih penting.
  • Rakyat yang suka memberontak ke atas apa-apa saja polisi kerajaan, maka menyebabkan beberapa inisiatif untuk menghalang kehancuran China amat sukar untuk dilaksanakan.
  • Rakyat yang berhijrah ke negara lain kerana telah berputus asa dengan negara sendiri dan merasakan peluang di tempat lain lebih cerah.

Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih kepada semua yang memberi komen-komen positif, hujah-hujah sokongan sepanjang usaha saya membuat siri Indonesia vs Malaysia ini. Terutamanya, Rafshan, Rahmah, Kihampau, Wan, Posmen dan Anonymus-anonymus. Terima kasih juga kepada mereka yang memberi komen membangkang pendapat saya, sekurang-kurangnya ia membuat hidup saya lebih menarik.

Saya dengan ini ingin menyatakan ini ialah post terakhir saya berhubung perkara ini. Kerana isu ini sebenarnya amat memenatkan untuk dibicarakan. Kerana satu pihak yang angkuh dan satu pihak lagi yang agak pesimis. Semoga mereka yang mempunyai 'kuasa' menyelesaikan hubungan tidak sihat ini dengan segera dan bijaksana.

Dan blog ini juga akan kembali ke genre asalnya iaitu berkisar tentang DIRI SAYA YANG SANGAT COMEL.

Saturday, 15 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 5 - Pendatang Tanpa Izin)

Masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek

Kalau kita datang ke negara orang (lebih-lebih lagi tidak dijemput), adalah 'kurang ajar' bagi kita untuk mempertikaikan apa yang negara itu lakukan terhadap kita. Seperti marah dengan perlakuan RELA, marah dengan sikap rakyat malaysia kepada mereka?

mari kita melihat isu ini ke dalam konteks yang lebih kecil. Kalau Ali menumpang di rumah Abu, tidak dijemput, tetapi Ali curi-curi masuk. Kerana rumah Abu lebih seronok (i.e ada TV plasma, ada PS3, ada wii).

Salahkah Abu kalau dia tidak suka Ali menyentuh wii nya? Dan salahkan Abu kalau dia menggunakan kekerasan untuk menghalau Ali?
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tanpa TKI, runtuh ekonominya Malaysia.

Inilah slogan yang sering dilaung-laungkan oleh PTI Indonesia. Jangan gugup Malaysia, kalau merekatiada. Masih banyak lagi PTI dari negara lain yang berebut-rebut untuk kerja di Malaysia. Contohnya : Filipina, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka .......

------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada mereka yang mengenali aku dengan lebih personal, sudah tentu kamu tahu saya tidak suka dengan prosedur-prosedur yang terlalu rumit yang perlu emak saya lalui untuk memohon kerakyatan Malaysia. Walaupun dia telah berumahtangga di Malaysia lebih daripada 20 tahun.

Alangkah bagusnya kalau prosedur imigresen di Malaysia lagi telus dan tidak stereotaip. Hanya kerana dia berasal dari Filipina dia permohonannya tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

tetapi saya juga sudah tentu tidak suka kepada PTI yang tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Matematik mudah untuk semua :

Statistik terbaru menyatakan terdapat sekurang-kurangnya dua juta PTI Indonesia di Malaysia. Katakanlah setiap PTI menghantar RM200 ke Indonesia setiap bulan.

Tahukah kamu sekurang-kurangnya berapa banyak Malaysia membantu menjana ekonomi Indonesia dalam tempoh setahun?

Ini jawapannya :

200 x 2 000 000 x 12 = 4 800 000 000

RM 4.8 billion hampir $1.5 billion !!!!!

Dan ini hanyalah anggaran minimum........

Thursday, 13 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 4 - semua ini memenatkan)

kepada rakyat malaysia :

  • teruskan membangunkan negara kita.
  • jangan biarkan rasuah dan penyelewangan semakin menjadi-jadi.
  • berikan pengiktirafan yang sepatutnya sekiranya memang patut diberikan pengiktirafan.
  • tingkatkan usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia (i.e hapuskan perogol dan mereka yang suka menghina manusia lain)
  • ketatkan kawalan di sempadan perairan untuk mengurangkan PTI.
  • bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap masalah melayu-cina-india.

kepada WNI :

  • berhenti mempercayai media (pers) anda yang suka menyampaikan berita separa betul.
  • berhenti masuk campur dalam urusan politik negara jiran.
  • berhenti mempunyai pemikiran demokrasi itu tandanya ada lebih baik (akan dikupas lebih lanjut sekiranya ada permintaan ramai).
  • lupakan sahaja indonesia raya/ganyang malaysia. kerana itu tinggal sejarah dan mustahil untuk dilaksanakan sekarang. sebab dengan hanya indonesia, keadaan masih lagi huru hara dan tidak terjaga. masukkan sekali malaysia, singapura, filipina dan brunei? wake up indonesian!!! it's not practical.
  • berhenti merasakan anda adalah satu-satunya bangsa yang layak mewarisi budaya nusantara.
  • sila gertak thailand juga kerana mereka juga mempunyai wayang kulit dan batik dan kunyit (hahahah).
  • jangan menghalang keturunan cina belajar bahasa cina dan mengamalkan budaya mereka.
  • kesimpulannya, berhenti menunjuk perasaan dan menyokong propaganda tanpa usul periksa.

kita sama-sama mempunyai masalah masing-masing.....

Wednesday, 12 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 3 - Culture Clash)

Mantap sungguh kita saling berebut budaya masing-masing sekarang.

Melalui pemerhatian saya, hal 'sudden rival' ini berlaku kerana berkembangnya teknologi internet.

Kita masing-masing sangat yakin bahawa sesuatu tarian, alat muzik atau bahasa itu milik kita. Kita unik dan ia hanya terdapat di tempat kita sahaja. Dan tiba-tiba kita melayari dunia tanpa sempadan kita terjumpa seseorang dari negara lain bercerita tentang budayanya. memuat naik tarian mereka. Dan kita mendapati ia sama dengan apa yang ada di kampung kita.

Sudah tentu kita terkejut dan merasa diri kita dirompak. Walhal mereka di seberang sana juga merasa perasaan yang sama seperti kamu yang terkejut.

Jangan risau Malaysia, kalau kebudayaan melayu di semenanjung tidak mahu dikongsi oleh jiran kita. Kita bukanlah negara tanpa budaya. kita ada sumazau, kita ada ngajat, kita ada berbagai etnik di sabah dan sarawak.

Saya rasa, penyelesaian terbaik buat kedua-dua negara ialah, kita memberi maklumat yang mencukupi kepada rakyat masing-masing mengenai asal usul kita. Kebudayaan kita. Jangan biarkan rakyat kita bertengkar sesama sendiri kerana masing-masing jahil mengenai asia tenggara sebelum zaman penjajahan.

Sebagai hadiah kepada semua, marilah kita menikmati video klip dari semporna (Tarian Igal-Igal)

Tarian ini popular di kalangan masyarakat bajau dan suluk di timur Sabah dan selatan Filipina.

Tuesday, 11 December 2007

Indonesia vs Malaysia ( Part 2 - Merdeka )

Seperti yang diketahui umum, cara kedua-dua negara mencapai kemerdekaan adalah sangat berbeza.

Indonesia - Berperang habis-habisan.
Malaya - Perbincangan (didorong oleh pelbagai tekanan dari pelbagai pihak)

tidak perlu aku jelaskan secara panjang lebar bagaimana kita mencapai kemerdekaan, tetapi yang saya mahu tekankan di sini - kedua-dua cara mempunyai pro dan kontra, para pemimpin dan pejuang ketika itu hanya bertindak mengikut apa yang sesuai dan patut dilakukan ketika itu. Oleh itu, adalah salah bagi kita mempersendakan diantara satu sama lain tentang proses kemerdekaan masing-masing.

Dari pandangan rakyat Indonesia, kemerdekaan Malaysia seolah-olah hanyalah hadiah yang diberikan oleh British kepada Malaysia. Sudah tentu tidak.

British tidak pernah mahu memberikan kemerdekaan Malaysia secara percuma. Malah mereka mencadangkan Malaya Union dikuatkuasakan. Ia adalah satu bentuk penjajahan kali kedua British tetapi menggunakan label yang berbeza. Sudah tentulah, seluruh rakyat Malaya membantah!

Keberangkatan delegasi Malaysia ke negara penjajah untuk tujuan membincangkan kemerdekaan Malaya juga adalah hasil wang semua rakyat yang bersatu padu menderma untuk tujuan itu. Satu lagi faktor penting kenapa kedua-dua pihak tidak mahu melancarkan perang kerana British ketika itu mengalami kemuflisan selepas perang dunia kedua.

Ya, memang menentang penjajah dengan darah sesuatu yang bermaruah. Tetapi kalau ia boleh dielakkan kenapa perlu kita mengorbankan banyak nyawa?

Banyak manfaat yang Malaysia perolehi kerana mengelakkan pertumpahan darah berlaku :


  • Sistem pengangkutan yang dibina oleh penjajah dapat dimanfaatkan oleh Malaya yang baru lahir.
  • lombong-lombong dan ladang-ladang tidak perlu dimusnahkan (dan Malaya ketika itu ialah merupakan pengeksport getah dan timah yang terbesar du dunia). Oleh itu, Malaya sudah mempunyai sumber ekonomi yang kukuh untuk memajukan negara baru ini.
  • Malaya dapat menumpukan perhatian untuk membanteras masalah lain ( ketika itu, fahaman komunis sedang merebak di Tanah melayu)

Mungkin WNI mempunyai hujah masing-masing mengatakan mereka mencapai kemerdekaan mereka dengan gaya dan cara yang terbaik. Tetapi mereka terpaksa membina negara dari kosong semula.

Malaysia pula mencapai kemerdekaan sekaligus mempunyai beberapa kelebihan kerana tidak dimusnahkan oleh perang.

Sekali lagi saya tekankan, siapalah kita untuk mempertikaikan pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Sudah tentu mereka nampak apa yang terbaik ketika itu. Cara yang sesuai yang di Indonesia tidak semestinya berjaya di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

bahan bacaan tambahan :

Indonesian National Revolution
History of Malaysia
Malayan Union

bersambung...

Monday, 10 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 1 - terpisahnya kita)

Aku tidak tahu bahawa kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia sangat mencanak-canak ketika ini. Mulanya hanya pergaduhan di youtube, kemuadian aku merajinkan diri membaca web-web yang menyuarakan 'kebencian' mereka terhadap Malaysia.

Terlalu banyak yang mereka 'tidak senang' tentang Malaysia, bermula dari merendah-rendahkan proses Persekutuan Tanah Malayu mencapai kemerdekaan berbanding mereka yang berperang habis habisan untuk memerdekakan Indonesia. Mereka juga menuding jari kepada Malaysia, bahawa Malaysia mencuri kebudayaan mereka. Sehinggalah kepada masalah pendatang tanpa izin Indonesia yang mendapat layanan tidak 'enak' di Malaysia.

Saya cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Tetapi sudah tentu saya menjadi sangat 'defensive' terhadap Malaysia. Jadi, melalui beberapa siri yang akan saya tulis di sini. Saya akan cuba mengupas isu-isu tertentu melalui kaca mata dan kepala saya yang menerima pendidikan 100% daripada sekolah kerajaan.

Bilakah kita menjadi dua bangsa yang sangat berbeza ?

Negara-negara di nusantara sememangnya mempunyai banyak kerajaan. Contohnya : Kesultanan Jawa, Kesultanan Melaka, Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei, Kesultanan Siam dan banyak lagi.

Tetapi, sempadan geografi kita, tidak sama dengan asia tenggara sekarang. Pada ketika itu, seluruh borneo dikuasai Brunei dan Brunei menghadiahkan beberapa kawasan kepada Sulu. Sempadan siam sering berubah-ubah di sepanjang semenanjung tanah melayu. Jawa pernah menguasai hampir seluruh Tanah Melayu dan kemudian Melaka juga pernah menguasai hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Sumatera dan Jawa.

Sempadan politik ketika itu tidak stabil selama beratus-ratus tahun, bergantung kepada kesultanan mana yang berkuasa ketika itu dan tidak sama seperti sekarang. Maka tidak hairanlah kalau ada persamaan atau perpindahan atau perkongsian bahasa dan budaya di antara kita.

Peta Tanah Melayu dan Indonesia moden hanya wujud sejak tahun 1824, di mana pada masa itulah Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani.

Perjanjian itu telah melukis peta asia tenggara yang kita ketahui hari ini. Kawasan yang menjadi jajahan Belanda ialah Indonesia kini dan kawasan yang dijajah oleh Inggeris ialah Semenanjung Tanah Melayu ketika ini.

bahan bacaan tambahan :