Tuesday, 11 December 2007

Indonesia vs Malaysia ( Part 2 - Merdeka )

Seperti yang diketahui umum, cara kedua-dua negara mencapai kemerdekaan adalah sangat berbeza.

Indonesia - Berperang habis-habisan.
Malaya - Perbincangan (didorong oleh pelbagai tekanan dari pelbagai pihak)

tidak perlu aku jelaskan secara panjang lebar bagaimana kita mencapai kemerdekaan, tetapi yang saya mahu tekankan di sini - kedua-dua cara mempunyai pro dan kontra, para pemimpin dan pejuang ketika itu hanya bertindak mengikut apa yang sesuai dan patut dilakukan ketika itu. Oleh itu, adalah salah bagi kita mempersendakan diantara satu sama lain tentang proses kemerdekaan masing-masing.

Dari pandangan rakyat Indonesia, kemerdekaan Malaysia seolah-olah hanyalah hadiah yang diberikan oleh British kepada Malaysia. Sudah tentu tidak.

British tidak pernah mahu memberikan kemerdekaan Malaysia secara percuma. Malah mereka mencadangkan Malaya Union dikuatkuasakan. Ia adalah satu bentuk penjajahan kali kedua British tetapi menggunakan label yang berbeza. Sudah tentulah, seluruh rakyat Malaya membantah!

Keberangkatan delegasi Malaysia ke negara penjajah untuk tujuan membincangkan kemerdekaan Malaya juga adalah hasil wang semua rakyat yang bersatu padu menderma untuk tujuan itu. Satu lagi faktor penting kenapa kedua-dua pihak tidak mahu melancarkan perang kerana British ketika itu mengalami kemuflisan selepas perang dunia kedua.

Ya, memang menentang penjajah dengan darah sesuatu yang bermaruah. Tetapi kalau ia boleh dielakkan kenapa perlu kita mengorbankan banyak nyawa?

Banyak manfaat yang Malaysia perolehi kerana mengelakkan pertumpahan darah berlaku :


  • Sistem pengangkutan yang dibina oleh penjajah dapat dimanfaatkan oleh Malaya yang baru lahir.
  • lombong-lombong dan ladang-ladang tidak perlu dimusnahkan (dan Malaya ketika itu ialah merupakan pengeksport getah dan timah yang terbesar du dunia). Oleh itu, Malaya sudah mempunyai sumber ekonomi yang kukuh untuk memajukan negara baru ini.
  • Malaya dapat menumpukan perhatian untuk membanteras masalah lain ( ketika itu, fahaman komunis sedang merebak di Tanah melayu)

Mungkin WNI mempunyai hujah masing-masing mengatakan mereka mencapai kemerdekaan mereka dengan gaya dan cara yang terbaik. Tetapi mereka terpaksa membina negara dari kosong semula.

Malaysia pula mencapai kemerdekaan sekaligus mempunyai beberapa kelebihan kerana tidak dimusnahkan oleh perang.

Sekali lagi saya tekankan, siapalah kita untuk mempertikaikan pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Sudah tentu mereka nampak apa yang terbaik ketika itu. Cara yang sesuai yang di Indonesia tidak semestinya berjaya di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

bahan bacaan tambahan :

Indonesian National Revolution
History of Malaysia
Malayan Union

bersambung...

5 comments:

rafshan said...

-quote-
Seperti yang diketahui umum, cara kedua-dua negara mencapai kemerdekaan adalah sangat berbeza.

Indonesia - Berperang habis-habisan.
Malaya - Perbincangan (didorong oleh pelbagai tekanan dari pelbagai pihak)
-end quote-

mentaliti indonesia susah difahami.
ingat sloga "Ganyang MAlaysia"?
mereka masih tidak ragu2 untuk mengulangkannya kembali.
aku tanya kepada kawan aku, warga Indonesia.
"kenapa sih, org indo itu, apa aja perkara mau dituntut, pasti demo? emang ga ada cara yg lebih halus dan lembut?"
dia jawab
"itu namanya SOLADIRITAS" aku pun tak paham, mungkin artinya semangat kebersamaan.

aku tak tau dah berapa byk bendera Malaysia dibakar disini...

tapi itu lah mereka, lebih senang menyelesaikan perkara dgn cara memberontak.

bagi aku, dendam mereka sejak peristiwa konfrontasi Indonesia masih belum padam.

aku bersyukur Sabah & Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
aku tak dapat bayangkan kalau Sabah & Sarawak adalah sebahagian daripada Indonesia Raya.

mungkin aku tiada peluang utk belajar sejauh ini...

nanti aku akan muat naik ttg masalah internal indonesia berkaitan pendidikan, mungkin di ruangan komen ini.

p/s- aku bg contoh, gaji guru sekolah rendah di indonesia, ada yg hanya dibayar kurang lebih rm40 sebulan. bukan ratus, tapi empat puluh...

"untuk melihat kemakmuran negara di masa akan datang, lihat pada generasinya hari ini..."

sampulnak said...

aku pun rasa macam tu.

mereka mahu mereka yang menjadi pusat kepada bangsa2 nusantara.

dan juga mungkin ada perasaan 'cemburu' kerana mereka tidak semakmur kita.

mungkin juga masalah dalam sistem pendidikan mereka. pelikkan drg x tau perkara asas seperti bukan hanya mereka yang berbudaya di asia tenggara ini?

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

off topic. ada juga rakyat kita yang berjuang, terkorban malah dihina british. mungkin di tahun2 peringkat rundingan merdeka tiada pertumpahan darah kerana kita sibuk membanteras komunis bersama british.

contoh yang terkorban,
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=17

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

pembetulan link,

http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/know
ledgebase/kb_view.asp?kbid=17

sebol said...

Di Malaya, selepas jepun keluar, tertubuhnya PKMM, API

API punya slogan ialah Merdeka dengan Darah,

mudah sahaja british tangkap semua orang PKMM dan sekutunya sehingga lumpuh semuanya , tangkapan kononnya disebabkan untuk menghapuskan "komunis"