Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Tuesday, 8 April 2008

rumit

air mata dan cemburu.
sengsara dan seksa.
sunyi dan hilang.
sendiri selamanya.

masih tidak cukup.
tidak cukup.
kesalahan itu terlalu besar.

malah.
tidak layak pun untuk mencintai.
apatah lagi merindu.
apatah lagi dicintai.

kesalahan itu terlalu besar.

Sunday, 28 October 2007

masin

aku mahu menangis.
kerana mereka yang tidak pernah bertanya khabar.
tidak pernah kisah dan tidak pernah faham.
tetapi harapan mereka terlalu tinggi.
aku mahu menangis kerana bahu aku mungkin tidak cukup kuat untuk harapan mereka.

aku mahu menjerit.
memberitahu kamu aku bukan untuk membazir ruang.
memang kekecewaan tidak dapat aku sembunyikan ;
setiap kali dianggap halimunan.
aku mahu menjerit memberitahu aku bukan serapuh yang aku gambarkan.

aku mahu memberitahu.
dia masih disayangi, dirindui, didambai.
cuma hati ini terlalu ego dan terluka.
terluka kerana ditikam, terluka kerana menyesal,
terluka kerana dia sama seperti mereka.
memberitahu aku agar memberi, tapi dia dan mereka tidak pernah memberi nikmat menerima.

mereka, kamu dan dia.
semoga tangisan dan jeritan ini didengari.

Sunday, 27 May 2007

Aku Mahu Menjerit

Aku mahu mendaki puncak yang tinggi
supaya angin sayup-sayup membawa jeritanku ke suluruh banjaran

Aku mahu menjerit di pantai yang indah
supaya ombak melambung-lambung ia di lautan luas

Aku mahu mencari hulu sungai
supaya jeritanku hanyut dibawa arus hingga ke kuala

Aku mahu menjerit di gua yang dalam
supaya ia bergema di perut bumi

Sesungguhnya
aku ialah Si Bisu
mana mampu aku menjerit
hanya mampu berair mata

Monday, 23 April 2007

Bulan

Pada masa dahulu, bulan sebenarnya berasal dari bumi. Bulan bercita-cita untuk ke langit sejak kecil, dan dia berjaya tetapi bulan tidak gembira kerana dia sunyi.


Tahukah kamu kenapa bulan kadang-kadang menjadi bulan sabit?
kerana bulan mahu menjadi sekecil bintang. Supaya dia sama dengan bintang. Supaya bintang menerima dia. Tapi bulan tidak pernah berjaya.

Tahukah kamu kenapa bulan kadang-kadang menjadi bulan purnama?
kerana bulan ingin bumi sedar bulan masih di alam ini.
Kadang-kadang bulan tidak kelihatan di langit, dia beralasan dia gerhana, dia dilindungi awan.
Sebenarnya bulan ingin lenyap. Lenyap terus dari alam ini. Kerana dia sunyi.
Sunyi. Sunyi. Sunyi.

Tuesday, 28 November 2006

dua bulan

baru dua bulan...

sudah ada konflik,
laptop format 3 kali,
tutorial yang tidak siap,
kerja kursus yang mengambil masa,
pembentangan yang menekankan.

baru dua bulan...

kerja satu bulan 2 minggu,
telefon di upgrade,
koleksi pakaian yang baru-baru,
kasut baru, beg baru, novel dan buku-buku baru,
kawan baru,
pengalaman baru.

baru dua bulan.