Monday 23 April 2007

Bulan

Pada masa dahulu, bulan sebenarnya berasal dari bumi. Bulan bercita-cita untuk ke langit sejak kecil, dan dia berjaya tetapi bulan tidak gembira kerana dia sunyi.


Tahukah kamu kenapa bulan kadang-kadang menjadi bulan sabit?
kerana bulan mahu menjadi sekecil bintang. Supaya dia sama dengan bintang. Supaya bintang menerima dia. Tapi bulan tidak pernah berjaya.

Tahukah kamu kenapa bulan kadang-kadang menjadi bulan purnama?
kerana bulan ingin bumi sedar bulan masih di alam ini.
Kadang-kadang bulan tidak kelihatan di langit, dia beralasan dia gerhana, dia dilindungi awan.
Sebenarnya bulan ingin lenyap. Lenyap terus dari alam ini. Kerana dia sunyi.
Sunyi. Sunyi. Sunyi.

2 comments:

Anonymous said...

salam.
cerita yg sangat menarik. gaya yg ringkas, maksud takperlu digali dalam2, amat jelass.
menggambarkan perasaan kau...

walaupun aku bintang, tapi aku tetap akan menemani kauu.
eseh.
hehehe

Anonymous said...

dalam sungguh posting ni. melancholic mode eh zeq.