Saturday, 15 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 5 - Pendatang Tanpa Izin)

Masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek

Kalau kita datang ke negara orang (lebih-lebih lagi tidak dijemput), adalah 'kurang ajar' bagi kita untuk mempertikaikan apa yang negara itu lakukan terhadap kita. Seperti marah dengan perlakuan RELA, marah dengan sikap rakyat malaysia kepada mereka?

mari kita melihat isu ini ke dalam konteks yang lebih kecil. Kalau Ali menumpang di rumah Abu, tidak dijemput, tetapi Ali curi-curi masuk. Kerana rumah Abu lebih seronok (i.e ada TV plasma, ada PS3, ada wii).

Salahkah Abu kalau dia tidak suka Ali menyentuh wii nya? Dan salahkan Abu kalau dia menggunakan kekerasan untuk menghalau Ali?
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tanpa TKI, runtuh ekonominya Malaysia.

Inilah slogan yang sering dilaung-laungkan oleh PTI Indonesia. Jangan gugup Malaysia, kalau merekatiada. Masih banyak lagi PTI dari negara lain yang berebut-rebut untuk kerja di Malaysia. Contohnya : Filipina, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka .......

------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada mereka yang mengenali aku dengan lebih personal, sudah tentu kamu tahu saya tidak suka dengan prosedur-prosedur yang terlalu rumit yang perlu emak saya lalui untuk memohon kerakyatan Malaysia. Walaupun dia telah berumahtangga di Malaysia lebih daripada 20 tahun.

Alangkah bagusnya kalau prosedur imigresen di Malaysia lagi telus dan tidak stereotaip. Hanya kerana dia berasal dari Filipina dia permohonannya tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

tetapi saya juga sudah tentu tidak suka kepada PTI yang tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Matematik mudah untuk semua :

Statistik terbaru menyatakan terdapat sekurang-kurangnya dua juta PTI Indonesia di Malaysia. Katakanlah setiap PTI menghantar RM200 ke Indonesia setiap bulan.

Tahukah kamu sekurang-kurangnya berapa banyak Malaysia membantu menjana ekonomi Indonesia dalam tempoh setahun?

Ini jawapannya :

200 x 2 000 000 x 12 = 4 800 000 000

RM 4.8 billion hampir $1.5 billion !!!!!

Dan ini hanyalah anggaran minimum........

7 comments:

posmen said...

more power to you!! benar, BUKAN rakyat Malaysia membenci bangsa asing, malah kita telah menerima seadanya kedatangan pelbagai bangsa yg bekerja ke sini. ketika saya di Bangkok, tepat jam 6pm, semua org di tmpt awam wajib berdiri ketika berkumandang lagu kebangsaan negara itu, setiap hari.. kenapa saya turut berdiri? walhal saya bukan warganegara Thai? kerana saya menghormati negara mereka dan undang2 mereka. patuhi.. dan anda tidak akan menghadapi masalah. baru2 ini saya ke Jakarta, saya terjumpa beberapa kenalan baru yg bertanyakan prosedur bekerja di Malaysia. malah, mereka turut kesal di atas sikap saudara senegara mereka yg menyelinap secara haram. mereka faham, undang2 utk dipatuhi.

anda menceritakan kebenaran, dari sudut Malaysian dan dari pihak yg merasai.. terpulanglah kepada sesiapa pun utk menilainya sama ada secara +ve atau -ve.

Kihampau said...

kalau malaysia menjalankan tugas menjaga keselamatan dirinya...banyak negara pendatang haram/halal yang labelkan malaysia TIDAK SENSITIF dan TIDAK ADIL terhadap Jiran SERUMPUN(hehehehe)...bila 'round up' PTI dan hantar semula ke negara asal dipolitikkan kononnya malaysia tidak prihatin...tapi sebenarnya malaysia memberi kelonggaran untuk mereka datang semula dgn cara HALAL dan mengikut prosedur/saluran yg LEGAL.tapi untuk apa mereka@PTI ini WAJIB berbuat sedemikian kalau ada saluran belakang yg ditaja oleh kedutaan mereka sendiri???


Penyelewengan RM14 juta di kedutaan Indonesia
13-12-2007 05:41:00 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia didakwa mengutip pendapatan haram sekurang-kurangnya RM14 juta (Rp 40 bilion), hasil bayaran didakwa sebagai kos mengeluarkan dokumen-dokumen perjalanan.

Menurut laporan majalah terkenal Tempo, mereka yang cuba membantah amalan salah itu -- antaranya dengan mengenakan bayaran lebih dua kali ganda daripada kos biasa untuk menyegerakan pengeluaran pasport kira-kira 2 juta warganegara republik itu di sini -- diberikan amaran dan dikenakan tindakan.

Edisi minggu lepas majalah itu melaporkan, skandal tersebut telah berlaku sejak 1999 semasa kedutaan berkenaan diketuai oleh duta besar Indonesia ke Malaysia, Hadi A. Wayarabi Al-Badar.

berita penuh boleh dibaca di sini

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d2277c34-c0a85062-53594900-ffc2242d

kepada mereka yg merasakan malaysia tidak adil....saya nak tanya..
APAKAH ANDA TIDAK TERPANGGIL UNTUK BERBUAT SESUATU DEMI MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN NEGARA ANDA ???..

APAKAH ANDA TIDAK SAKIT HATI BILA KAMI(kalaulah ada)datang ke indonesia dan tidak menghormati undang2 negara anda?

SAYA GERENTI anda akan melaungkan slogan "GANYANG MALAYSIA" spt selalu hehehehehehe.sekiranya ada penyelewengan di kedutaan malaysia di indonesia ...
Fikir2lah dan jangan menuduh melulu dan beranggapan kami rakyat malaysia tidak punya rasa kemanusiaan.....fikir2lah!...bukan nak mengungkit!..tapi pernakah kamu berterimakasih pada malaysia atas sumbangan ke dlm TABUNG MANGSA TSUNAMI???...sehingga mangsa tsunami malaysia tidak mendapat 100% sumbangan yg sepatutnya dari negara sendiri.Rasanya malaysia sudah berbuat yg terbaik untuk jiran2nya yg tidak pernah berpuas hati.!!

damn!!...dibagi betis nak PEHA!!!..



zeq...tulisan kamu semakin panas dan menyakitkan hati apabila kita tidak mengakui KEBENARANNYA!...hehehhehe...keep going !!

AMBAL NAH KATAHANAN zeq!!...

misoshiru2312 said...

salam zeq..
family aku sdh 2 kali bertukar pembantu rumah..pembantu rmah yg 1st org tatoor..tapi dia bekerja secara haram sbb teda pas masuk yang sah..utk ambil dia bekerja secara sah..kakak aku snggup keluarkan belanja utk dia pulang semula ke indon utk mohon permit kerja yg sah..dan masuk ke sabah dgn saluran yg betul..tapi lepas dpt duit dari kakak aku..dia blah cam tu jak..n tidak kembali semula ke ranau..entahla..ndak berani mau tuduh apa2..mgkn ada sebab lain dia xdpt kembali bekerja..
then family aku amik lagi seorg pembantu rumah..asalnya dr indon berketurunan bugis tapi sdh dpt kerakyatan malaysia..pelik mcmn dia dapat jd warganegara mlysia..mkck ni slalu borak dgn aku..slalu crita
pasal perbalahan kaum di tmpat dia..katanya..org tatoor ngn org bugis ni ndak masuk lnsg..kdg2 sampai boleh berbunuh-bunuhan sesama mereka..mgkn juga sbb fahaman agama..aku xpasti..sbb xberapa faham dgn loghat mkck tu.sbb tu dia berhijrah ke sabah,
dan dia kata kat aku,dia bersyukur sbb dapat hidup bahagia di sabah..dan dia slalu puji kerajaan mesia sbb bg biasiswa utk bdak2 smbg belajar..
kalo tgk di media mmg bnyk ckp psl penyeksaan pembantu rumah indon kan..tapi kalo ikutkan ramai juga yg layan pembantu rumah dgn baik..cthnya mak aku..hihi..tapi slalunya yg baik2 ni ndak masuk paper kan..huhu..tu asyik nmpak yg buruk jak tu..hihi

p/s:mkck tu msak sedap!!

rafshan said...

hik. lucu lahh misoshiru2312 punya komen. 110% bernas dan tepat =D
betul, sbnarnya, lebih byk majikan di'seksa' pembantu rumah tki daripada sebaliknya.

yg pasal
-quote-
Penyelewengan RM14 juta di kedutaan Indonesia
13-12-2007 05:41:00 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia didakwa mengutip pendapatan haram sekurang-kurangnya RM14 juta (Rp 40 bilion), hasil bayaran didakwa sebagai kos mengeluarkan dokumen-dokumen perjalanan.
-end quote-

kat indonesia sendiri itu perkara biasa. katalah aku nak pulang msia kena mohon dokumen exit reentry permit, aku kena keluarkan kurang lebih rm80.oo utk dokumen tadi, ambil masa kurang lebih 2-3 minggu.
tapi katalah kalau aku perlu segera, aku perlu bayar rm120.oo, dan akan siap dlm 1 hari! lagi rm40.00, off the record.

contoh di universiti.
Adit gagal dlm Seleksi Penerimaan Mahasiswa Baru. tapi dia masih mau belajar di universiti.
tak susah, dia hanya perlu menyediakan kurang lebih rm10 ribu ke rm20 ribu, dapat lah dia masuk.
itu untuk program biasa2. kalau dia nak belajar di kedokteran, boleh sahaja mencapai lebih rm50 ribu.
belum lagi cerita alau Adit tak lulus ujian. tapi itu bukan masalah utk adit. sebab adit kaya...
tapi tak lah semua unviersiti jahat macam universiti kat atas tu kan? huhu

jadi korang berhati2lah dgn dokter keluaran universiti indonesia. paham tak ? =P

tapi jgn takut ngan aku, sbb walaupun senang mau lulus, tapi aku tetap belajar dgn bersungguh2 :D

tapi aku masih bersyukur, sebab aku ada teman2 indonesia yg ngerti bangeut soal ini lho, mereka ga menuduh membabi buta. malah kita sering diskusi soal ini. lagian mereka itu anak kedokteran lho, anak2 kedokteran kan mereka yg super-pintar, makanya mereka ga berpikiran kayak urg jaman batu.
hehehh. yeay!!!

Tahniah zeq!!!!!!
tulisan kau ni, aku sgt mengagumi :D

WaWa said...

ya, cakap rafshan tu betul. kazen aku di indonESIA pun ada cerita. diaorang terima duit kopi banyak. macam sekali ganda dengan harga/kos sebenar yang patut ko bayar.

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

benda buruk selalu di highlight kan. yang baik ibarat tak ada tempat dan boring untuk jadi bahan berita.

ikutkan ratio jumlah pekerja dengan kes buruknya, aku rasa masih ditahap baik prestasi orang kita.

situasi menang menang bagi aku dengan jumlah wang keluar sebegitu rupa.

Anonymous said...

rafshan?

Jadi boleh menseksa orang kalau sudah bayar,begitu?...dokter2 yg mana kawanmu?...tahukah kau dokter2 itu kaya berkat orang2 yg sakit?...mereka makan uang dari penderitaan orang lain,dan jadi dokter itu harus bisa menghafal bukan banyak berfikir seperti ahli matematika misalnya.

Harga diri setiap orang Indonesia & Malaysia sama tinggi,tidak patut mentertawakan apabila ada yang mederita atau di seksa baik orang Malaysia ataupun Indonesia.

ALLAH,Nabi dan agama apapun melarang berbuat keji terhadap sesama.

Kalau ada orang Malaysia dan Indonesia yg salah,katakan salah,yang benar,katakan benar.

Jangan rasis seperti Nazi,belajar & bekerjalah dengan patut.

Imigran gelap memang harus dipulangkan,tetapi janganlah wang yg mereka punya dirampas pula oleh oknum2 polisi malaysia,kasihan mereka.

Di perbatasan negara kita,saya pernah lihat ditelevisi apabila hendak masuk ke Malaysia harus jongkok dulu semua seperti plonco,apa ada orang Malaysia yg harus jongkok dulu ketika ke kedutaan Indonesia/tempat kantor imigrasi?