Sunday, 16 December 2007

Indonesia vs Malaysia (part 6 - something really familiar)

The Last Empress oleh Anchee Min ialah sekuel kepada Empress Orchid.

Buku in menceritakan zaman kejatuhan satu bangsa yang pernah menjadi bangsa yang paling disegani di muka bumi. Semua ini diceritakan memalui kaca mata seorang perempuan yang diberikan label pembawa malang dan diktator kejam, Permaisuri Orkid.

China. Bangsa yang mempunyai tamadun dan kebudayaan lebih daripada 2000 tahun. Bangsa yang mempunyai keluasan yang sangat besar. Mempunyai rakyat yang sangat ramai. Mempunyai sumber alam dan keindahan alam yang tidak ternilai. Bangsa yang mencipta inovasi-inovasi terpenting dalam tamadun manusia (tayar, bahan peledak, teknologi pencetakan dsb). Bangsa yang menjadi akar umbi kepada banyak bangsa di zaman moden (Korea, Jepun, Indochina dsd). Bangsa yang mempunyai sistem pendidikan dan politik yang teratur. Bangsa penjelajah yang menjelajah dari timur ke barat. Negara yang mempunyai khazanah yang tidak terhitung (bayangkan hampir semua kerajaan di Asia dan Afrika memberikan ufti kepada mereka). Bangsa yang empunyai identiti yang unik dan seni bina yang mengagumkan. Mempunyai tokoh-tokoh genius dan pahlawan-pahlawan gagah.

Bagaimana bangsa sehebat ini boleh hancur dan terpaksa bermula dari bawah semula?

Berikut ialah beberapa sebab Tamdun China diruntuhkan dalam masa kurang daripada 100 tahun :

  • Kekurangan pemimpin yang amanah dan berkaliber.
  • Pergaduhan di antara etnik. Di mana, etnik yang menjadi etnik pemerintah tidak mahu etnik lain menjadi pemimpin.
  • Rakyat yang leka dengan masalah sosial (candu).
  • Sangat angkuh untuk mempelajari ilmu pengetahuan daripada bangsa lain.
  • Sangat angkuh untuk mendalami tamadun lain. Enggan mengakui bangsa lain juga mempunyai tamadun mereka sendiri.
  • Kekurangan bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, politik dunia kerana mereka lebih mementingkan perkembangan sastera yang tidak relevan dengan pergolakan dunia pada masa itu.
  • Angkuh untuk menjalinkan hubungan baik dengan Jepun kerana merasakan Jepun ialah bangsa hina yang asal-usulnya dari mereka. Sekiranya mereka tidak sebegitu angkuh untuk meminta bantuan dan menjalankan perbincangan secara berhemah dengan Jepun. Sudah tentu sejarah dunia hari ini sangat berbeza.
  • Enggan menerima kenyataan bahawa alam semesta tidak berpusat kepada mereka, walaupun mereka bukan lagi kuasa ekonomi dunia.
  • Pemimpin dan rakyat yang lebih rela menumpukan perhatian kepada pekara remeh-temeh kerana tidak mahu mengendahkan perkara-perkara yang lebih penting.
  • Rakyat yang suka memberontak ke atas apa-apa saja polisi kerajaan, maka menyebabkan beberapa inisiatif untuk menghalang kehancuran China amat sukar untuk dilaksanakan.
  • Rakyat yang berhijrah ke negara lain kerana telah berputus asa dengan negara sendiri dan merasakan peluang di tempat lain lebih cerah.

Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih kepada semua yang memberi komen-komen positif, hujah-hujah sokongan sepanjang usaha saya membuat siri Indonesia vs Malaysia ini. Terutamanya, Rafshan, Rahmah, Kihampau, Wan, Posmen dan Anonymus-anonymus. Terima kasih juga kepada mereka yang memberi komen membangkang pendapat saya, sekurang-kurangnya ia membuat hidup saya lebih menarik.

Saya dengan ini ingin menyatakan ini ialah post terakhir saya berhubung perkara ini. Kerana isu ini sebenarnya amat memenatkan untuk dibicarakan. Kerana satu pihak yang angkuh dan satu pihak lagi yang agak pesimis. Semoga mereka yang mempunyai 'kuasa' menyelesaikan hubungan tidak sihat ini dengan segera dan bijaksana.

Dan blog ini juga akan kembali ke genre asalnya iaitu berkisar tentang DIRI SAYA YANG SANGAT COMEL.

8 comments:

Anonymous said...

KARENA NILA SETITIK RUSAK SUSU SEBELANGA.


inilah pepatah Melayu yang begitu terkenal di seantero Nusantara Indonesia hingga detik ini.

hanya satu dua orang yang memburuk-burukkan hubungan Indonesia - Malaysia, tapi menjadi RUSAK seluruh NILAI dan NORMA kehidupan sosial rakyat kedua negara!

Anonymous said...

ANDA AKAN SANGAT BIJAK DAN TERHORMAT BAK SEORANG SRIKANDI BILA ANDA TIDAK MEMBAHAS HUBUNGAN BURUK INDONESIA MALAYSIA.

TERIMA KASIH, SEMOGA TUHAN MEMBERKATI.

Bapa kami yang ada di surga,
Dikuduskanlah nama-Mu,
datanglah Kerajaan-Mu,
jadilah kehendak-Mu
di bumi seperti di sorga
Berikanlah kami pada hari ini
makanan kami yang secukupnya
dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami;
dan janganlah membawa kami ke dalam percobaan,tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat
Karena Engkaulah yang empunya Kerajaandan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya Amin.

WaWa said...

Aku suka kalau kau terus menulis siri Malaysia dan Indonesia (bukan dengan perspektif yang negatif kepada mana-mana negara). Aku rasa ia satu perbincangan yang sihat. Tapi mungkin ada pihak yang tidak suka. Maka terpulanglah dengan kau mahu terus menulis atau tidak. Kalau tidak, dan kemudian kau sambung menulis tentang Kak Zeq yang comel (ha ha ha), aku pun tiada bantahan juga. hahahahaa..

Anonymous said...

"NEGARAKU"

http://www.youtube.com/watch?v=0AJNd-6G-9Q

"NEGARAKU"

http://www.youtube.com/watch?v=0AJNd-6G-9Q

rafshan said...

aku paling suka kata2 ni

"when u want to look at fault, use mirror, not a telescope"

dan

"bila masalah sendiri tak cukup tangan, masalah org lain lagi kita nak peduli, makin bertambahlah masalah sendiri"

ok!

sbnanrnya aku terkejut nih, si zeq mampu utk menulis benda2 serius. heheh. walaupun dzeq serius, tapi dzeq tetap comel :D

posmen said...

haha ayat last tu yg power.. hahaha

apa pun, pd pndapat saya, anda mengutarakan perspektif realiti yg berlaku. dan saya merasakan perkara ini seharusnya ditangani dgn bijak oleh kita sebagai serumpun bangsa.. bantu membantu tanpa rasa iri hati dan kepunyaan. itu akan lebih mendekatkan kita kpd kemakmuran kedua2 negara. saya sebenarnya mengagumi jiran kita ttg kebudayaan dan bahasanya. alangkah indahnya jika mereka juga dapat memahami sikap kita yg amat berlemah lembut.. :)

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

eh dah abis dah. baru dpt baca semula yang terlepas zeq. aku bercuti jap dr online baru ni. yang pasti zeq tak salah untuk kembali mencomelkan diri setelah melakukan posting2 ilmiah sebegini. hehe.

kesimpulan dari aku, sama2 lah kita berhenti dari terus berkata buruk tentang perbezaan dua negara ini, concentrate pada yang baik.

Anonymous said...

iyo.. aku jugo minta maap yee.. sudah ngato2 kamu selamo ini.. aku dari Palembang.. kamu ternyato wong yang bijak jugo yee.. add fs & fb aq ya.. liput6@sctvnews.com

and kamu jangan lupo.. kalu nak update berita tentang indonesia bukak be di http://www.detik.com atau
http://www.okezone.com OKEY FREN SANAK SEDULUR GALO2.. Salam dari Palembang..