Sunday 13 May 2007

petang yang menjanjikan sesuatu

adik bersiap untuk bermain bola sepak.
kadang-kadang di padang sekolah.
kadang-kadang di padang kampung cina.
kadang-kadang aku pun tidak tahu di mana.

emak dan ayah aku akan bersiap sedia.
menunggu bot tiba dari sipadan.
memastikan semuanya berjalan lancar.
kadang-kadang bot datang lambat kerana hujan dan ribut.
kadang-kadang bot datang lambat kerana kecerewatan penyelam.
kadang-kadang bot datang lambat kerana rosak.
kadang-kadang bot datang tanpa ada masalah.

aku di rumah.
kadang-kadang sedang menonton tv.
kadang-kadang baru balik dari tempat ayah dan mak.
kadang-kadang baru balik dari berjumpa kawan di pekan.
menunggu Mus the compressor man datang mengambil kunci dan makanan.
mengucapkan selamat tinggal dengan kakak pembantu rumah.
menunggu driver menghantar laundry hari itu dari mabul.
menunggu driver menghantar tank hari itu dari sipadan.
menunggu adik-adik balik ke rumah.
kerana makan malam tidak lama lagi.

itu petang di sana.
petang di sini tidak sama.
petang di sini, kosong.

No comments: