Tuesday, 12 June 2007

Aspuri (bahagian sepuluh - jimat)

jimat air

  • mandi menggunakan penutup sabun. dijamin 5 kali ganda lebih jimat berbanding gayung.
  • sekiranya anda membilas baju, bancuh dulu dengan sabun mandi. nescaya air bilasan akan lambat berbuih.
  • saki baki air bilasan boleh la digunakan untuk memflush toilet yang flushnya rosak.
  • atau pon mencuci pad.
  • lebihan air cucian baju juga boleh digunakan untuk dua tujuan di atas.
  • jangan kentut. jimat wudhu' zohor-asar, maghrib-isyak.
  • air wudhu' hendak la ditadah di dalam botol coke. dijamin 100 kali ganda lebih jimat daripada cara biasa berwudhu' dari paip air.

jimat masa

  • kalau mensterika baju sekolah, seterika 60% bahagian bawah sahaja, sebab tudung akan cover yang 40% atas. setrika kain sekolah pon sama, sebab baju akan cover yang part atas. seterika tudung labuh part yang luar sahaja, yang orang nampak.
  • jangan perah kain masa mahu menjemur. baju kurang berkedut. jima masa seterika.
  • disebabkan kami mandi di koridor (berkemban), tv pula diletak ditengah-tengah dataran. anda bolehlah mandi sambil menonton tv. terutamanya semasa dragon ball.
  • masa prep boleh digabungkan menjadi masa dating.
  • masa di surau boleh dijadikan masa rehat (a.k.a tidur)
  • masa menunggu giliran menseterika boleh digunakan sebagai masa minum malam dan bergosip.

jimat sabun

  • guna sabun buku. lepas tu, patahkan jadi dua. eksperimen kami membuktikan sabun yang dipatahkan menjadi dua bertahan selama 2 minggu. manakala sebuku sabun tanpa dipatahkan hanya bertahan selama seminggu.

8 comments:

Wawa said...

banyak betul yang betul ha ha.
especially yang jimat masa - iron sebahagian yang nampak sahaja.
:)

itu ilmu budak asrama tuh.

WaWa said...

haha. kami di smakk, tem 1999-2000, masa smakk selalu teda air, suka beli gayung kecik. jimat ni! dan idea meng-iron baju sekolah mmg dipraktikkan. tambah2 yg mmg malas mo meng-iron ni..

sampulnak said...

eh, aku di smkats masa 1999-2000.

tue la, baju aku g bahagian tidak nampak mmg sangat2 la berkedut si sana sini.

WaWa said...

haha. 2000 tu sy form 2 baru.. tem tu tem smakk teda air.. lps 2000, bagus2 suda. :D

kaSyah said...

ku tak tahan mandi pakai penutup sabun..wah..mandi kerbau la aku gamaknya.

tapi yg jimat masa tu bnyak yg boleh dipraktikan :D

minci said...

betul betul!! cara jimat sabun itu sgtlah betul..

Anonymous said...

btul!!!!! suma btul! lucunya bla baca ne. Suma benda tu ak pernah bwat. wakaka...best o0o.. terkenang kisah lama =)

Ciku Jadug said...

>>>Cara Mendapatkan Informasi Ghaib -
>>>Cara Mendatangan GoLongan Jin -
>>>Cara Merubah Batu Jadi Emas Intan Dan Permata -
>>>Do'a Dzikir Rajah Kodam Wassyamsi Waduhaha -
>>>Ilmu Merubah Kertas / Daun Jadi Uang -
>>>Ilmu Merubah Kertas Jadi Uang -