Wednesday 30 May 2007

Aspuri (bahagian lapan - dewan makan)

Bawang
Selama dua tahun, kami tidak pernah jumpa bawang di dalam makanan. Syukur, aku sempat jumpa bawang selepas tender ditukar.
Kesempatan
Kawan aku dan aku hidup senang sedikit daripada aspuri lain sebab geng kami (Noi) bercinta dengan pekerja dewan makan.
  • Ekstra biskut dan tidak payah beratur untuk seflusk milo untuk minum malam.
  • Semasa orang lain sibuk prep malam, kami akan ke dewan makan untuk makan malam ekstra.
  • Kadang-kadang sarapan hujung minggu dihantar ke dorm kami.
  • Kami kadang-kadang dapat telur goreng kalau lauk tidak sedap.
Kami cuma perlu menahan gelak setiap kali berselisih dengan 'bf' Noi demi kemudahan ini.

nasi goreng
nasi goreng kak latipah : nasi kawah semalam diletakkan kicap dan digaul dengan tangan.
nasi goreng kak latipah ekstra special : nasi kawah simbah kopi.

5 comments:

Anonymous said...

ni lagi satu. kt my skul dulu i selalu pelik nape ade beberapa gadis ni selalu dpt extra2 food dan selalu melepak dekat dapur dewan makan, rupanya bercinta dgn pekerjanya. hihih, mcm2.

ann said...

ya. kita mesti menggunakan segala kesempatan yang ada di dunia ni!!!

Anonymous said...

aku makan kat dewan tue 2 kali jer sepanjang 2 tahun. selebihnya aku beli kat koperasi n kantin..ahahah :D aku pernah nampak dia siang sotong kat lantai tempat budak2 kita selalu basuh tray..sebab tue aku tak selera :D wuu wuuuw uuuu

ann said...

tue la......

ko la manusia asik2 gi kantin...... rehat, tgh hari, petang lepas prep. lepas prep malam makan benda di koperasi.

slim giler kite masa tu kan

Anonymous said...

aku dulu nda payah kan bercinta sma org di dewan makan pun slalu jua ku dpt labih. hahah bodek kuat.
time prep malam dulu kalau aku sma si eyah ke asrama kununnya ada buku tinggal, singgah jak di dewan makan, dapat tia aiskrim.

len kali mo dpt lebih makan di dewan makan, ko kenyit jak mata ko sma org tuh. haha