Wednesday, 30 May 2007

Aspuri (bahagian sembilan - sammal)

sammal bermaksud pengotor.


sila jawab ya atau tidak bagi soalan-soalan di bawah.

  • anda mandi dua kali sehari (pagi dan petang) walaupun asrama sedang mengalami darurat air
  • anda tidak pernah menjejakkan kaki keluar dari aspuri tanpa menseterika tudung dan baju prep.

  • anda balik dari sekolah dengan tiada kedutan di bahagian punggung baju kurung sekolah.

  • tudung anda berlipat sepanjang masa dan sentiasa kemas.

  • anda tidak memakai baju prep yang sama sebanyak dua kali untuk satu minggu.

  • locker anda dihias dengan kertas pembalut hadiah yang comel-comel.

  • katil anda sentiasa tegang.

  • anda mencuci baju setiap hari. Jarak masa paling lama anda tidak mencuci baju ialah selama 48 jam.

  • baju sekolah anda tidak berwarna lusuh (i.e memamg baru atau bernila)

  • baju sekolah dan tudung sekolah anda mempunyai ton warna yang sama.

  • nila anda sekata dan tidak bertompok.

sekiranya anda memberikan jawapan tidak bagi satu penyataan di atas. Anda adalah aspuri yang sammal!!!!

1 comment:

1 said...

yeyey i sammal. tak penah gosok baju gi skolah dulu. kalau gosok je or org gosokkan rasa mcm rimas n tanak pegi skolah.