Thursday 17 May 2007

Aspuri (bahagian empat - dress code)

Anak Tudung

Faizah tidak pakai anak tudung ke prep malam.
Malam-malam seterusnya, dia memakai telekung ke prep malam.
Selama seminggu.

Jarum Peniti
*jarum peniti ialah jarum yang perempuan selalu guna di bahagian sisi tudung (dekat dengan bahagian telinga) agar lipatan tudung statik sepanjang masa*

ada 3 golongan aspuri

i - degil - tidak mau memakai sebarang jarum peniti di tudung.
ii - normal - memakai 2 jarum. Di bahagian sisi tudung.
iii - pelik - memakai 3 jarum. dua di sisi. satu di belakang.

Kegunaan golongan pelik ini ialah apabila pengawas lalu, golongan degil akan pinjam jarum mereka untuk selamat daripada denda pelik-pelik.

Sarung Kaki

Kami wajib pakai sarung kaki setiap kali menjejakkan kaki di luar pintu pagar asrama.
Mereka yang degil akhirnya tertangkap.
Petang itu. Aku masih ingat.
Segerombolan aspuri berjalan berkaki ayam mengelilingi blok A. Berjalan di dalam longkang blok A yang airnya berwarna hitam pekat.

Kain dalam

Hampir setiap pagi, pengawas akan memeriksa sama ada kami memakai kain dalam dan baju dalam (singlet).

Kami selalu tidak mahu memakai singlet sebab merasakan ia tidak rasional. Satu, sebab panas. Dua, kami pakai tudung labuh yang menutup hampir kesuluruhan baju sekolah.

Hampir setiap pagi juga, kami akan tarik kain dalam tinggi-tinggi. Hampir ke paras dada. Pengawas akan menarik bahagian baju sekolah. Merasakan ia tebal, membiarkan kami lepas dan tersenyum.

No comments: