Wednesday 26 December 2007

Hari Pertama - Venice

Setelah hampir 18 jam perjalanan dari Bath ke Venice. (Masukkan sekali masa menunggu di stesen bas dan lapangan terbang). Akhirnya kami sampai.

Stesen Alilaguna San Marco
(Baru Sampai dan bar selesai flirting dengan pemandu bot alilaguna)

Pasangan tipikal di Venice
(Pakcik seluar terang dan makcik berbaju panas bulu, glamer kan?)

berjalan-jalan tanpa hala tuju
(Lorong yang paling aku suka)

Kami tidak dapat masuk ke kedai-kedai, kerana malam sudah berlabuh. Ambil gambar dari luar pun jadilah.

Semasa merayau-rayau, kami terjumpa tempat membeli tiket untuk menonton Concerti Interpreti Veneziani (Concert Music in Venice) , secara spontan kami membeli tiket (harga pelajar ialah 18 euro).

Sebelum konsert mula, kami merayau-rayau di sekitar San Vidal. Ini ialah Pasar Krismas Venice, hampir sama macam di bath. Minum Cappuccino pertama kami di Italy.

Semasa membayar bil baru kami tahu, di Italy, kalau kita minum berdiri di bar. Tiada caj layanan dikenakan. (Jangan duduk di meja cafe, kerana caj layanannya dangat mahal, 2 euro seorang!!!)

Silalah menjamu telinga dengan petikan konsert yang mampu kami rakam



bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

cerita tentang makanan... makanan... foood.... waaaa.......

superunknown said...

ya aku masih jeles!