Sunday, 18 February 2007

Happy Chinese New Year

aku telefon adik aku.

dia kata, dorang makan malam d restoran, 8 lauk macam biasa.
sekarang lepak-lepak di rumah makcik B.

aku tanya, apa sepupu yang lain buat.

sepupu-sepupu lelaki sibuk bermain x-box di bilik sepupu B2. sepupu E cantikkan kuku, cerita pasal bf dia. sepupu B1 mengshow-off kan diri dengan piano, tapi tiada siapa yang dengar.

makcik B,D,E,F sedang bergosip di luar. pakcik B,D,E,F pun tengah bergosip.

dorang main ayam kokok (permainan judi paling popular masa tahun baru cina), dorang pakai baju baru warna merah, dorang dapat angpau.

semua masih sama.

yang berubah, sepupu D1 bawa bakal isteri. sepupu D1 sudah mula bagi angpau.

p/s : wahai makcik, pakcik dan sepupu D1 angpau aku mana?

No comments: