Monday 12 March 2007

negara bernama simbahan

Simbahan sebuah negara yang cantik.
Persekitaran yang nyaman, pemandangan yang menawan.
Seni bina yang klasik, kemudahan yang efisyen.

Simbahan cantik tetapi penghuninya hodoh.
Hodoh dari pandangan seorang pengemis.
Penghuni simbahan mempunyai kepala yang besar.
Hati yang kembang.
Mata mereka lapan, dua di depan dua di sebelah kanan, dua di sebelah kiri dan dua di belakang.
Mulut mereka satu, tapi mereka boleh berkomunikasi dengan telepati.

Pengemis itu risau, kerana dia pun secara perlahan-lahan berevolusi menjadi penghuni Simbahan...

No comments: