Saturday 14 April 2007

Jangan menilai buku dari kulitnya

Dulu. Aku suka baca doraemon dan novel-novel enid blyton.

Walaupun aku pernah menjadi fanatik dragon ball, aku tidak pernah suka sailormoon, pokemon, slam dunk atau apa-apa manga yang popular bersama-sama dragon ball. Apatah lagi manga-manga generasi baru.

Aku suka novel alaf dua puluh satu, mungkin satu dan dua, bukan semua.

Aku suka ujang dan gila-gila tapi aku benci lanun, geli hati dan semua majalah lawak lain.

Aku baca mangga dan urtv, tapi tidak bermakna aku suka apa yang aku baca.

Aku suka ahadiat akashah, mungkin satu dan dua, bukan semua.

Aku beli buku world guiness record, tidak bermaksud aku suka semua yang sewaktu dengannya.

Aku beli buku-buku fakta, tidak bermakna aku suka semua buku-buku fakta.

sebenarnya, aku cuma mahu sampaikan. Mungkin aku suka satu buku, tapi hanya satu buku itu, bukan semua genre yang sama dengannya.

Jadi, silalah berhenti menilai aku , sebab kamu hanya nampak kulit aku, baca dulu, ulas kemudian !!!

1 comment:

Anonymous said...

aku pernah mengalami apa yang ko rasa...

n aku juga tidak suka bila orang kata aku macam tue...

aku setuju dengan ko...

jangan nilai sumthing berdasarkan 1 menda dan menggambarkan keseluruhan... itu bodoh...

lebey kureng macam kalau aku suka tengok filem ganaz..bunuh... gaduh... n itu tidak bermakna aku juga jenis yang ganas... kaki gaduh etc.....