Sunday, 8 April 2007

My almost forgotten childhood memory

sehinggalah tadi tengok Dekna AF5 menyanyikan lagu Salam untuk kekasih.

1993. Ayah aku membuka warung ( lebih kurang macam kedai mamak di semenanjung ) di sebuah funfair.

setiap kali balik sekolah, salah satu kakak pelayan akan jemput aku balik sekolah ke tapak funfair itu.


Aku melilau. Aku suka masuk ke rumah hantu, mengacau abang-abang yang berkerja sebagai hantu pada waktu malam. Kebiasanya, mereka tengah membetulkan hantu-hantu yang tergantung di atas siling. Selalu aku ditanya kenapa aku tidak pernah datang waktu malam ke rumah itu, siang suka pula lepak di sana. Abang hantu di rumah hantu ialah orang yang sama dengan abang hantu di keretapi hantu.(haha... aku masih juga takut walaupun aku tau semua tu pura-pura).

Bosan dengan abang hantu, aku kacau abang yang selalu uruskan sound system. Setiap malam, orang akan berkaraoke di atas pentas depan warung itu. Lagu yang selalu orang nyanyikan ialah lagu Shima - Teringin. Malam terakhir funfair itu di Semporna ada pertandingan karaoke, dan kakak yang menang ajak aku ke pentas untuk mengambil hadiah bersama-sama. Aku masih ada lagi gambar itu. kakak itu selalu makan di warung ayah. Kakak suka menyanyi itu menyanyikan lagu teringin di malam pertandingan :)

Pukul lima petang, kakak yang jantungnya boleh dilihat apabila dia masuk ke dalam kotak kaca dan abang yang tidak mati walaupun dia ditikam pisau datang. Aku mengacau dorang pula, dorang bermekap, betulkan lighting. Kakak jantung dengan abang pisau tidak pernah bagi aku tengok bagaimana dorang lakukan stunt dorang. Biasanya, dorang akan kata pakcik ferris wheel dah datang!

dan aku akan berlari, sebab ferris wheel adalah kesukaan aku. Pukul enam petang, orang mula berpusu-pusu. Aku akan menjadi pelanggan pertama ferris wheel. Aku paling suka kotak yang berwarna putih. Aku akan berpusing-pusing di ferris wheel itu berjam-jam.

Pening!!!!! Aku melawat kakak jantung dan abang pisau, dorang sudah masuk ke dalam kaca. Aku tengok. Takjub! dan bila mereka perasan kehadiran aku, dorang akan kenyit mata. aku melambai dan berlari keluar.

Kali ini naik keretapi berhantu pula, abang-abang hantu akan usik aku lebih daripada orang lain. Tarik rambut. Terbang depan aku dan aku akan cuba untuk mencabut topeng dorang.

Kadang-kadang, aku akan kacau gerai-gerai yang selalu buat permainan baling gegelung ke satu target ataupun permainan menembak target. Tapi dorang jahat, tidak bagi aku main percuma. Jadi aku hanya duduk di situ dan melihat gelagat orang ramai sambil mendengar orang berkaraoke. Setiap setengah jam, orang akan nyanyi lagi shima - teringin.

Aku akan ke ferris wheel lagi. Aku naik lagi kotak putih itu. Sampai mengantuk. Aku balik ke warung.

Bangun esoknya, memulakan hari baru, dengan kakak dan abang funfair.

p/s : aku lambat pandai membaca, tahun 2 aku baru pandai membaca , mungkin sebab aku habiskan banyak masa di atas ferris wheel :)

1 comment:

Sherhan said...

hehe. aku ingat tu.. datuk dan nenek kita bawa aku gi main di sana.. terjumpa u lagi tu.. semporna yg ku rindui