Aku mahu mendaki puncak yang tinggi
supaya angin sayup-sayup membawa jeritanku ke suluruh banjaran
Aku mahu menjerit di pantai yang indah
supaya ombak melambung-lambung ia di lautan luas
Aku mahu mencari hulu sungai
supaya jeritanku hanyut dibawa arus hingga ke kuala
Aku mahu menjerit di gua yang dalam
supaya ia bergema di perut bumi
Sesungguhnya
aku ialah Si Bisu
mana mampu aku menjerit
hanya mampu berair mata
Sunday 27 May 2007
Aku Mahu Menjerit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
erm... perasaan kau kahh? hati2 kawal perasaan...
kalau ada apa2, aku sedia utk menjadi pendengar kau bila2 masa, itupun kalau kau mau lahh :)
tp aku suka sangat sajak kau ni:)
walau kau menjerit dalam hati tiada siapa mendengar. sekarang ni zaman dah maju. orang yang bisu pon mampu meluahkan perasaan melalui taipan atau penulisan. jangan bimbang. semakin lama kita hidup. walau semakin bumi ini tidak selamat tapi perasan kah kau dunia semakin adil terhadap mereka2 yg kurang upaya :)
rafshan : terima kasih sebab faham.
nurul : ya, sebab tu tulis di blog
Post a Comment