Tuesday, 17 July 2007

sea gypsies of south east asia

semalam. aku tidak dapat tidur lagi.

aku membaca-baca di wiki tentang sabah, tentang semporna, tentang bajau. aktiviti aku kalau aku rindu kampung halaman.

dan akhirnya aku terjumpa buku ini outcast of the islands :The sea gypsies of south east asia.

dan kalau kamu memang membaca blog aku yang dulu, mungkin kamu ingat post ini : dilema pala'u.

hari jumaat buku ini sampai. tidak sabar.

aku hidup di kalangan mereka. mungkin hanya sebagai pembeli ikan, sotong dan rumpai laut. dan mungkin di mata mereka, aku ialah anak kepada kapitalis yang merampas kehidupan mereka.

aku cuma mahu mendalami kehidupan mereka. memahami mereka.

satu hari nanti, kalau aku punya kemampuan, aku akan pertahankan apa yang terbaik buat mereka. sebab mereka salah satu daripada zaman kanak-kanak ku. salah satu daripada syurgaku di muka bumi.

4 comments:

WaWa said...

aku bangga dengan ko. :D

rafshan said...

this is great.
words can make people either respects u or hates u.
i respect u so much!!!

:)

sampulnak said...

wawa, rafshan,

ítu hanya perkataan dan angan2.

belum tau lagi masa depan.

i hope i can be as good as your expectation

1 said...

i heard it from u before and reading this here again, i know u really want to give back something to ur hometown and the people over there.

and i believe u are in the right place to be someone who can do it soon enuf.

bila nk g holiday tu? happy holiday zeq.