Wednesday 3 October 2007

bear with me, i'm just excited for my first day of lecture after 4 months looonnngggg holiday

8.30 : alarm berbunyi. tapi tidak mahu bangun.

9.00 : akhirnya aku bangun. ayu tengah mandi pula dalam bilik air. terpaksa buat benda lain dulu. oleh itu, aku sediakan baju yang perlu dipakai, beg, letak buku nota baru dalam beg, memilih mafla, jacket,kasut dan stoking mana perlu dipakai.

9.30 : siap, berjalan ke perhentian bas. memakai kemeja hitam dan kardigan putih (untuk membentuk imej preppy), seluar jeans, kasut roxy aku yang buruk tapi selesa, mafla dan tali pinggang merah jambu, stokin oren dan jacket next berwarna kelabu. oh, dan beg quicksilver baru beli.

9.35 : berputus asa (sebenarnya panik) sebab bas nombor lima tidak muncul-muncul. berjalan ke perhentian seterusnya (boleh naik bas 5, 10(transit di stesen bas untuk bas 18 ke kampus, atau 418 yang terus ke kampus). dalam perjalanan, bas nombor lima lalu. menyumpah seranah di dalam hati.

9.45 : panik, tapi cuba berlagak sejuk (baca:cool) sebab ramai orang hensem yang berbasikal ke kampus lalu.

9.50 : naik bas 418, panik lagi, kali pertama naik bas 418 lebih daripada stesen bas. bas itu melilau ke jalan yang aku tidak pernah tahu.

10.25 : menyumpah seranah di dalam hati lagi. lambat 10 minit ke kelas. cuba untuk bertenang. tidak apa, mesti sesi memperkenalkan diri dahulu.

the campus (betul-betul di tengah)

10.30 : ada orang lain yang lewat juga. masuk dan beg terjatuh. inilah yang orang namakan 'make an entrance', semua orang berpaling. blushing dan duduk di mana-mana kerusi kosong yang aku jumpa. aku salah, pensyarah tidak memperkenalkan diri, dia terus mengajar. tertekan sebab terlepas nota 15 minit yang pertama.

10.45 : fikiran melilau, mencari abby,hajare dan ruz, di kawasan biasa kami. ya, mereka ada di sana. dan abby duduk di sebelah orang nerd baru, tidak pernah nampak. berpaling untuk kali kedua. eh! itu ialah farid kamil (nama gelaran yang kami bagi untuk budak aku usha dari tahun lalu). berasa pelik kerana dia memotong rambut (fesyen tipikal yahudi), memakai baju petak-petak nerd dan membawa beg laptop macam nerd juga. kemudia fikiran melilau lagi, meneka pensyarah berasal dari mana, mungkin india.

dewan kuliah dari barisan paling belakang

11.05 : kuliah M8 (Algebra 1) tamat. tukar tempat duduk ke kawasan biasa, membuat spekulasi dengan abby dan hajare tentang imej baru farid kamil. mungkin dia balik ke jurusalem dan dimake over oleh ibunya.

11.05 : kuliah M7 (analysis: real numbers, real sequences & series). suara pensyarah macam jiran spongebob, sotong hijau. gelak.

11.25 : fire alarm! terpaksa berdiri di luar. sejuk dan menggigil.

11.45 : kuliah disambung. kali ini abby duduk di antara aku dan farid kamil.

12.05 : kuliah tamat. hajare ke perpustakaan untuk online, abby ke stv travel untuk membeli pas bas 13 minggu, ruz hilang dan aku ke mesin atm memeriksa duit elaun sudah masuk atau belum. kecewa, elaun belum masuk. ke stv travel membeli pas bas seminggu.

kawasan bank, pejabat pos, kedai insuran, kedai runcit, dan sta travel

12.25 : ke perpustakaan, ternampak komputer kosong dan online.

perpustakaan (entrance)

13.30 : zohor. membaca impact (surat khabar universiti sambil menunggu kelas seterusnya).

14.15 : kuliah M9 (ordinary diffrential equations & control). teruja. pensyarah pelat itali, abby kata rusia. aku berkeras itali. tidak nampak farid kamil. sangat menarik dan fokus, fikiran tidak melayang.

15.05 : menscan dewan kuliah mencari farid. jumpa. dia duduk sebaris tapi di kawasan sebelah. berbincang pasal KAMI.

15.15 : the boring M8 again!!!

16.15 : M10 (vector calculus & partial differential equations). accent pensyarah tidak dapat difahami langsung. mungkin welsh. mungkin scottish. mungkin liverpool. mungkin memang pelik. mungkin sebab dia tahu orang tidak faham, maka dia memberi hand out.

17.05 : berbincang tentang survivor china.

17.15 : M10 disambung.

17.30 : pengenalan kepada server AiM (lupa akronim untuk apa). kami akan mengambil ujian di situ dan bla bla bla. aku lapar dan penat. tidak dengar apa-apa. tapi sangat bersyukur semester ini tidak ada programming.

17.45 : asar. mencari kelas sepanyol. kemudian keliru kerana tidak jumpa bilik sepatutnya. atas bantuan pelajar dari china, akhirnya aku jumpa juga kelas itu.

18.15 : kelas bermula. menarik. tidak suka cikgu sebab mengingatkan aku kepada nenita(supervisor aku masa kerja di musim panas). rambut, pakaian dan personaliti.

18.45 : tidak dapat berbuka puasa. sangat lapar. belajar abjad, nombor, tatabahasa dan geografi dunia hispanik.

20.15 : akhirnya. boleh balik. menyumpah seranah lagi sebab hujan dan barisan di perhentian bas sangat panjang. makan coklat.

20.20 : terdengar suara fatin dan kamilah (housemate) , mereka baru balik dari iftar BUIS (bath university islamic society). dan mereka ada payung. boleh tersenyum kembali.

20.30 : apabila tiba giiran kami. bas penuh. dan pintu bas ditutup. kami tidak dapat naik. damn it.

bas 18 atau 418 di perhentian bas universiti. ini semasa cuaca sangat baik.

20.45 : orang pertama menaiki bas. dapat memilih tempat duduk.

21.00 : sampai ke stesen bas. tukar ke bas nombor 5.

21.20 : sampai rumah dan makan (ayu masak, terima kasih ayu). maghrib, isyak.

22.00 : migrain, makan ubat dan tidur dengan nyenyaknya.

5 comments:

Anonymous said...

wow mcm diary, sehari dalam kehidupan zeq. glad dat ur class dh start. tak u sangap dh kat rumah. tau sangap tu apa kan. hehe. kim salam farid kamil.

Anonymous said...

apsal aku rasa jadual ko macam pack gila? hoho. aku plak macam rileks jak ni. hoho.

Osyim said...

apa2 jak la ko ni...anyway bagus la ko dah busy...busy dengan kelas...dr duk memerap di rumah n kerja....hurm...

Anonymous said...

wow..bestnya hidup sebgai student..saat2 macam nie la yang kau akan rindui nanti...

ann said...

1 : yeah, n long holiday actually make me realize how cool and exciting it is to be a student.

wawa : hari selasa jak aku bz ni wawa. rabu aku xde kelas, isnin kelas satu jam jak.

osyim : jarang sdh dapat berym. sorr syim.

sankai : memang pon. dua tahun jak lagi bole jadi student. pas ni x sdh.