Monday, 4 February 2008

I will never have Monday blues this term

11.15 am (MA20013 tutorial)

Kami mesti membuat kumpulan untuk kerja kursus modelling semester ini. Farid Kamil dan aku berada di kelas yang sama. Aku gemuruh semenjak Rabu lalu.

Seperti yang aku jangka, aku akan menjadi orang yang tidak mempunyai kumpulan. Lalu tutor menyuruh aku masuk ke mana-mana kumpulan yang rela untuk berlima (sepatutnya empat orang).

Maka, aku dengan tidak malunya pergi ke belakang kelas dan bertanya kepada kumpulan Farid Kamil.

'Do you guys mind if I join your group?'

Orang lain diam. Farid Kamil senyum dan berkata.

'Sure you can join us, the more people in the group the less work we have to do.'

Aku rasa aku macam terbang ke awangan.

dia terus memperkenalkan diri, dan menyuruh aku memperkenalkan diri.

Apabila tutorial habis, aku berjalan ke University Hall untuk kelas seterusnya, dia menghampiri aku dan Christ. kemudian dia bertanya.

'I think you are in my facebook?'

Aku panik, cuba berlagak sejuk.

'I think so, I just randomly add people to my friend list.'

Seronokkan. Dia tau aku dalam facebook dia!!!

Apabila kami bertukar kelas lagi ke Arts Lecture Theatre, dia lalu di tepi aku dan senyum dan berkata

'hallo!!'

aku rasa aku boleh pengsan saat itu juga!

*bahagia* *bahagia* *bahagia*

5 comments:

jeopardize16 said...

jangan tersembur darah dr hidung ko sudah...hahahaha

WaWa said...

pergh! haha. caya lah zeq! weh, kongsi2 la gambar farid kamil. ahakz.

Wawa said...

it's a bird, it's a plane..no it's sampulnak.

terawang2 ya.

akubaca pun boleh kongsi perasaan yangs ama dengan kau zeq.

:)

Anonymous said...

sy ada tag awak...cepat gi lawat blog sy tau

one sandwich short of a picnic said...

hahahaha. hari ditunggu2 telah tiba, akhirnya zeq berjaya memasang kabel bersama farid kamil. tak perlu usha dr jauh je dah! wiwittt. confetti plisss.