Wednesday, 6 February 2008

List 8 random facts about yourself

tagged by azis.

  1. semasa aku berumur 3-5 tahun, aku pergi ke salon seminggu sekali. sebabnya, restoran nenek aku bersebelahan dengan sebuah salon. dan aku suka melihat rambut aku disikat, dicuci dan digayakan pelbagai jenis di atas kerusi tinggi (kerusi khas untuk kanak-kanak).
  2. aku banyak menghabiskan masa kecil aku berimaginasi. contohnya, merenung papan catur lama-lama bersendirian. bermain lego bersendirian. menonton kakak sepupu aku bermain video game. disebabkan aku selalu bersendirian, maka aku suka berimaginasi untuk menghiburkan diri sendiri.
  3. hobi aku ialah mengurat (flirting). aku selalunya akan jatuh hati yang sangat jatuh hati sekiranya aku yang mengurat. biasanya aku akan panik apabila seseorang mahukan komitmen daripada aku.
  4. skil pertama yang aku belajar ialah bermain daun terup. semasa kecil, aku tinggal bersama nenek moyang aku. hobi dia ialah bermain daun terup, maka sejak kecil dia mengajar aku dan adik-adik aku, supaya kami boleh dibawa bersama semasa dia bermain dengan kawan-kawannya dan kami menjadi 'spy' kepada dia.
  5. aku pernah menjadi peminat bola sepak liga perdana. semasa tinggal bersama nenek moyang aku, satu-satunya hiburan yang senang diperolehi ialah televisyen. kebetulan tahun 1995-1998 merupakan zaman kemuncak sabah di liga perdana.
  6. buku pertama yang aku baca ialah jack dan kacang ajaib.
  7. aku ke tadika semasa berumur 2 tahun setengah kerana cemburu meliht kawan-kawan lain ke sekolah. aku belajar di tadika selama 4 tahun. dan diminta berhenti oleh pihak tadika ketika berumur 6 tahun. oleh itu, saya bercuti selama setahun sementara menunggu umur yang sesuai untuk ke tahun satu.
  8. disebabkan keluarga aku selalu berpindah randah, aku pernah tidak tahu keluarga aku telah berpindah dan aku balik ke rumah yang salah.

2 comments:

WaWa said...

hahaha. balik ke rumah yang salah tu kelakar lah wei. hahaha.

one sandwich short of a picnic said...

nice pis zeq. jelas sekali ko membawa diri dgn amat comel sejak dari kecil. dan aku juga suka fan ketat liga perdana sezaman dgn zeq. teringat khairul azman berpindah dari pahang ke sabah. thankfully zaman zeq tesalah rumah, predator tak ramai spt skang. oh lupa, aku juga mudah jd defensif bila rasa dingurat, tp kalau aku yg ngurat, wah hentam sajelah labuuu. heh.

kim salam farid kamil.