Monday 14 April 2008

Sila baca di antara barisan

Ini ialah senarai watak-watak untuk cerpen, mungkin novel baru aku.

Sofea - Watak utama.

Noni - Sahabat Sofea semasa di bangku sekolah. Masih berhubung melalui surat, telefon, sms dan email. Tidak mempunyai inisiatif yang cukup untuk memperbaiki hidup sebaliknya memusatkan hidupnya kepada Zaid. Zaid ialah kekasih Noni yang bertugas jauh daripada Noni dan diragui kesetiannya oleh Sofea kerana mendengar khabar angin tentang Zaid dan mempunyai intuisi negatif terhadap Zaid.

Salmah - Teman seperjuangan Sofea yang sentiasa berhubung melalui skype. Mempunyai masalah untuk membuat keputusan/pilihan. Mempunyai pandangan yang tinggi untuk diri sendiri dan sukar untuk beradaptasi dengan keadaan semasa. Salmah menaruh perasaan dengan seorang jejaka, Jimmy. Jimmy ialah seorang pengecut dan jiwang. Salmah selalu meminta pendapat daripada Sofea tetapi kemudian akan diketepikan kerana Salmah suka bermain tarik tali.

Melati - Teman sekerja Sofea yang sukakan perhatian. Bercinta dengan Akbar, lelaki yang memberi semua perhatian yang Melati cari-cari selama ini. Hidup Melati telah dijadualkan mengikut kalendar Alam Semesta Akbar. Melati hanya berminat untuk bercerita mengenai Alam Semesta Akbar dan Akbar ialah Maharaja di dalam alam semesta itu.

Fifi - Teman serumah Sofea yang mempunyai mood yang tidak stabil. Sekiranya Idris melayan Fifi seperti puteri maka Fifi akan senyum selebar mulut Doraemon. Sekiranya mereka bertelingkah kerana hal-hal kecil yang tidak signikan, Fifi akan sedih dan mengharapkan Sofea untuk bertanya dan memahami, kemudian, Fifi akan berlagak tabah.

Cerita ini tamat apabila Sofea menjadi gila ataupun membunuh diri kerana kawan-kawannya tidak sedar Sofea mengalami tekanan perasaan kerana Zaid, Jimmy, Akbar dan Idris.

3 comments:

Anonymous said...

hi sofea.. sedap nama.. ngorat leh? Hehehehe..

Precious said...

yunggg.....
bah, kalau siap novel tu kestau ah. aku mau beli. hehehehe ...

tapi kan yung, jangan lah di kasi gila si sofea tu. :)

Anonymous said...

based on personal experience? i know it!
heheh.

aku pun nak tulis novel la gak. draf dah ada, dr form 5 lg, pasal seorang guru yg tinggi lampai dibunuh oleh student sendiri di skolah. hahha. psiko nye aku...

eh ko taknak masukkad watak psiko dlm novel ko ni? dlm novel tu, ko letak la kalau 'psiko' tu stalker, hr2 antar msg2 pelik kat org yg dia pernah dendam satu masa dahulu. .lol :P