Monday, 28 April 2008

ya, aku sudah berubah

  • Seorang yang mahu lari jauh-jauh daripada keluarga sendiri kepada seorang yang menghargai dan merindui mereka.
  • Seorang yang percaya cinta itu wujud kepada seorang yang percaya cinta itu wujud di television dan novel sahaja.
  • Seorang yang sentiasa mahu menjadi lebih daripada orang lain kepada seorang yang malas untuk menjadi yang terbaik.
  • Seorang yang menjauhi konflik kepada seorang yang memulakan atau mengakhiri konflik.
  • Seorang yang membaca buku-buku Bahasa Melayu sahaja kepada seorang yang membaca buku-buku Bahasa Inggeris sahaja.
  • Seorang yang tidak menerima susu,keju dan yogurt dalam diet kepada seorang yang mengetahui jenis-jenis keju dan menjadikan mereka makanan kegemaran, begitu juga dengan susu dan yogurt.

Sesungguhnya, semua ini menyebabkan aku takut untuk balik.

3 comments:

rafshan said...

heheh. tenang zeq.

sekurang2nya ko ndak genius math.

cuba ko genius math, mungkin jak skrg suda berubah daripada

seorang yg genius math, kepada seorang yg 'mesra pelanggan'.

heheh.

aku pun berubah suda ba zeq.

kalau dulu kan aku gila glamor.

tp skrg aku glamor sebab gila. hheheh

is said...

berdebar2 ek mau balik...relax la keluarga di sini mesti rindu gila2 dengan zeq...semporna menunggu kepulangan insan yang bernama zeq...hehe...(mengayat....)

one sandwich short of a picnic said...

mengikut apa yg aku faham dan kenal zeq, aku rasa kebanyakan perubahan itu semua adalah perubahan yang lebih ataupun sangat baik.

aku pun ny letak my2sen

1. dulu aku pun mcm zeq dan telah berubah mcm zeq pada setelah melalui proses penuaan.
2. sangat dan terlalu setuju!
3. yg ni aku tak pasti sbb aku dh biasa duduk in between bukan sbb takmau tp sbb hakikat.
4. aku masih sentiasa mengelak konflik sbb dulu aku biasa berada dlm konflik dan sgt tak best!
5. oh itu benar. dlm kes aku hanya kerana nak pertahan kemahiran yang ada, kalau tak amal dan dgn takde org nak converse, lama2 sure hilang.
6. yg ni pun aku tak penah arif dan takkan arif. hehe.

again all the best!