Monday 26 May 2008

Baju Seragam Sekolah Yang Mencolok Mata

Pautan ke blog Munirah Bahari.

Bacaan-bacaan menarik : Wawa, Zaki, Syazeleen.

Rakyat Malaysia hari ini rata-rata bersetuju bahawa kebebasan bersuara secara total ialah salah satu perkara yang perlu dijuangkan di negara kita yang tercinta. Munirah Bahari telah mengeluarkan pendapat beliau, ada yang mengecam tidak kurang juga yang bersetuju.

Saya memerhati dan kadang-kadang tersenyum melihat segolongan daripada kita mengeluarkan pendapat dengan emosi yang keterlaluan. Sekarang kita hanya ada seorang Munirah, beliau membuat kenyataan yang bertentangan daripada pendapat masing-masing. Bagaimana sekiranya sejuta Munirah muncul di masa hadapan?

Walaupun pendapat beliau tidak berasas (hujah beliau tidak disokong oleh statistik atau fakta), Walaupun isu tersebut terlalu remeh dan tidak masuk akal. Dia tidak bersalah, kerana itulah kebebasan bersuara yang kita agung-agungkan.

Adakah kita sebenarnya bersedia dengan perubahan ini? Dapatkah kita menilai dengan rasional di masa hadapan?

1 comment:

superunknown said...

dari byk sudut boleh je aku menjadi basher kak munirah ni. tapi dr satu sudut sbg former pelajar, ada classmate gadis aku dulu yg proudly confess sengaja pilih kain putih yg lebih see thru, mebe nak show off kaler bra or apa2 saje. mana tak aku dan sekelian lelaki sekolah tak dapat tidak mengucap dan 'seronok' bila tgk. if semua pakai standardize kain mebe ok. hehe.

nak bagi gak versi basher. eh apa benda lah munirah ni nak jadi moral polis org pulak? jaga kain sendiri baru jaga kain org boleh tak?

kesimpulan. siapa atau apa pula yg akan mengawal dan piawai 'kerationalan'. surely not sirim. got enuf mat rempit wif their brains smashed on the road with sirim approved helmet.

glory glory