Wednesday 16 May 2007

Aspuri (bahagian tiga - menyembunyikan bukti-bukti cinta)

Setiap aspuri yang bercinta biasanya memiliki senarai benda-benda di bawah.

Item A : Gambar si dia.
Kulit coklat yang si dia bagi (biasanya ada nota I love you atau I miss you).

Item B : Diary cinta.
Kad-kad cinta (kad ucapan selamat hari lahir, ulang bulan percintaan dan sebagainya)
Satu fail surat cinta dari si dia.
Novel cinta, Komik, Majalah Hiburan.
(kami hanya dibenarkan membaca bahan bacaan yang islamik sahaja)

Disebabkan asrama kami dikuasai oleh rejim Ummi N yang rajin membuat spotcheck. Maka, kami perlu berfikir luar daripada kotak.

Item A
Sentiasa perlu untuk di bawah kemana-mana. Jangan sekali-kali simpan di dalam dompet.
Letak di dalam anak tudung.

Langkah berjaga-jaga : perlu sentiasa memastikan anak tudung ketat, mengelakkan item A tercicir.

Item B
Di depan bilik aku ada fire hose reel (kotak merah bomba yang ada hos di dalamnya). Ambil kunci fire hose reel tersebut. Susunlah Item B di dalamnya dengan rapi. Kemudian kunci.

Langkah berjaga-jaga : sila pastikan pihak bomba di kawasan anda tidak kerap melakukan pemeriksaan keselamatan.

3 comments:

Anonymous said...

heheheh
dzeq. aku betul suka sama blog kau nih. gaya penulisan kauu pun menarik walau ringkas :)

tapi terlalu byk post yg melankolik, bila saja kau gembiraaaaa? aku tau perkara yg boleh buat kau gembira
1. bila ada org yg mengakui ke'kiut'an engkau
2. bila boleh makan makanan2 yg teramat sedap
:)

Anonymous said...

owh ya, komen atas tu dr aku, Rafshan

ann said...

rafshan,

thanx....... lain kali kalau aku buat melankolik, aku pastikan org paham. sebab aku sangka x org baca. jadi x pa la kalau org x paham.

tambah satu lagi buat aku gembira.

kawan yang macam kamu, tau aku gembira sbb makanan dan kecutean!!!!!!!!!