Wednesday 20 June 2007

Nenek bandi

semalam. ayah aku telefon. nenek bandi meninggal.

kami anggap nenek bandi sebagai sebahagian daripada keluarga. dia yang bertanggungjawab mengajar kami tentang islam. dia sangat tua. tapi masih kuat. sudah 80 tahun tapi masih boleh bersawah padi. masih boleh berjalan dari lahad datu ke kk ke semporna tanpa bantuan.

kalau bukan nenek kenalkan aku dengan cikgu muhammad. mana mungkin aku dapat masuk ke sekolah menengah aku dan aku berada di sini sekarang. dan dia selalu berkata yang aku akan menjadi orang yang berjaya satu hari nanti. aku rasa untuk memberi keyakinan kepada aku.

kalau bukan kerana nenek. aku tiada 5 orang kakak yang baik untuk dicontohi.

ayah aku hanya mendengar kata-kata nenek. ayah selalu berfikiran tidak rasional. kami selalu telefon nenek agar nenek dapat memberikan ayah nasihat.

aku tahu betapa pentingnya nenek untuk mak aku. sebab mak anggap dia ayah kedua kerana mak dan ayah sebenar mak terlalu jauh.

adik-adik aku yang degil juga sering tunduk dengan nasihat nenek. sebab mereka menghormati dia.

setiap kali kami sekeluarga mempunyai masalah. kami jumpa dia. malah pernah menumpang di rumah dia.

walaupun sejak akhir-akhir ini banyak perselisihan faham berlaku antara kami dan anak-anaknya. nenek tetap bersikap neutral. masih datang melawat kami.

di mana kami mahu mencari ganti?

al-fatihah untuk arwah nenek bandi.

4 comments:

Anonymous said...

salam takziah~
alfatihah untuknya. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Anonymous said...

takziah juga dari aku.

sungguh, aku tak mengerti perasaan kehilangan seseorang yang sangat disayangi.

i've never lost somebody so dear, losing in a way that losing for good.

i hope that won't happen to me.

Habibah AR. said...

Takziah zeq.
Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan mereka yg Dia kasihi.

Anonymous said...

takziah zeq. nenek bandi byk buat jasa, byk2 sedekah kt arwah. al fatihah.