Friday, 28 September 2007

bersih cekap dan amanah

setiap kali mengisi borang permohonan, akan ada bahagian yang meminta maklumat peribadi ibabapa. nampak mudah bagi semua orang.

tapi bukan bagi aku dan adik-adik aku. setiap kali kami selalu resah borang kami akan direject sebelum dibaca. sebab kami tidak mempunyai apa-apa dokumen mengenai ibu kami.

tahukah kamu kenapa?

kerana pegawai imegresen di malaysia suka menyusahkan prosedur yang senang. suka menerima duit kopi. suka memperlekehkan masalah orang-orang yang tidak berpengaruh.

dia sudah berkahwin dengan orang malaysia (ayah aku) selama 23 tahun, kenapa susah sangat bagi mereka untuk meletakkan status penduduk tetap kepada emak kami, supaya dia memiliki sekeping kad pengenalan dan meudahkan kehidupan kami.

adik aku akan mengambil peperiksaan spm tahun ini. aku sangat terluka setiap kali dia bertanya tentang bagaimana aku mengisi borang matriks aku, borang jpa aku, borang upu aku, borang petronas aku.

dan aku mahu menangis setiap kali aku terfikir aku terpaksa menipu ibu aku telah lari tanpa dapat dikesan dalam setiap borang yang aku isi.

dan aku rasa sangat malu terpaksa menebalkan muka ke rumah makcik aku untuk mengisi bahagian maklumat peribadi penjaga.

dan hari ini, aku terpaksa melalui sekali lagi proses itu, dengan menasihati adik aku apa yang perlu dia lakukan dengan borang-borangnya.

ps : i want to be a teacher because my form 5 homeroom teacher had change my life so much, he helped me with my application and interview. he gave someone like me a life.

7 comments:

Wawa said...

aku tak paham kenapa susah sangat kan.

aku ada kawan expat yang dah kawin dgn lelaki malaysia, anak dah 3, semuanya lahir di malaysia, dan kawan akupun bukan calang2 pekerjaannya tapi masih tak dapat kerakyatan malaysia.

sorang lagi, dah sampai tak rasa belong tapi bukan belong di malaysia pun.

rasa macam pelarian pun ada.

pelik.

namum orang malaysia pula ramai yangtake things for granted.

bodoh.

shizuru satonaka said...

ini masalah kerajaan kita sekarang.

ntah laa..

benda yg mudah pon dibuat jadi susah mcm aper.

huh!

:devilspade:

sankai said...

humm...ntah la..mau komen lebih2 pun susah..benda ni dah cam benda wajib yang patut ditepmpuhi tiap2 hari....

1 said...

ini bukti birokrasi masih menebal kat mana2 kerajaan. aku cuma boleh cakap sabar dan doalah agar one day semua pihak akan jumpa formula dan mechanism yang paling memudahkan semua orang dalam hal ni. sementara itu, teruskan menjadi kakak yang baik dan mengejar apa saja impian.

sampulnak said...

wawa : kerakyatan tu mmg susahla nak dapat, but we only looking for a penduduk tetap status n some document to make our life easier. hurmm...

devilspade : any idea nak report ngan sapa?

sankai : ni la suka duka jadi org sabah sankai.

1 : i'll pray hard for that one day

azisham said...

yes, selama sy di semporna...masalah dokumen adalah masalah utama bg pelajar2...kesian yg betul sungguh2 nk blaja tpaksa mgalah bila dokumen tk lengkap

ada yg pelajar buat mcm awak..dan ada jg yg guna 'dokumen projek'...tp susah jg nnt utk ms akn dtg

sebol said...

bersih cekap amanah tu propaganda Dr.M masa mula2 jadi Pm dulu

sini ada nofollow?