Wednesday 26 September 2007

genap satu tahun

hari ini genap satu tahun aku di sini.

Quantock 1.03 (university accomoation)

Georgian house (summer)


marina (current house)



aku masih sama macam dulu. suka tidur pagi. tidak dapat tidur malam. malas ke kelas. suka makanan ringan. pendiam di hadapan orang baru kenal. bising dengan kawan. suka membaca benda tidak berguna. suka mint dan halia.

tapi, satu tahun yang lalu aku tidak pernah terfikir aku berubah juga. aku diterima kerja bukan kerana ayahku. aku berjaya tidak meminta duit dari rumah. aku berjaya melawan homesick dengan kerja 16 jam sehari. dan aku sudah boleh menonoton cerita inggeris tanpa perlu sari kata. dan aku mula dan suka makan coklat.

satu tahun ini aku sudah berjaya ke bristol, swindon, oxford, cambridge, london, stockholm, athens, airport frankfurt, paris, prague, olomouc, vienna dan salzburg.

dan aku akhirnya tahu aku suka dan boleh bekerja di dapur.

ya, aku tidak pernah terfikir hari ini akan tiba, hari aku berjaya keluar daripada bayang-bayang keluarga aku.

6 comments:

Anonymous said...

JELEZ. cuma itu perkataan yg dpt aku ungkapkan. hik :P

Anonymous said...

wow..seronok hidup merantau di tempat macam tu...lagi di eropah sana...

Anonymous said...

setahun baru berlalu, dan sbb aku tau skit2 kisah ko mmg aku tumpang berbangga la dgn kejayaan tersirat ko di perantauan esp semakin teguhnya ko berdiri atas kaki sendiri. peluang utk belaja idup camni tak selalu dtg dan tak semua akan survive, tp ko buktikan semua tu bukan penghalang dan lepas ni aku yakin ko akan jd lebih bagus je. tahniah but still long way to go. keep striving then.

ann said...

rafshan : jeles apa? rumah ko di sana kan banglo.

sankai : hujan batu negeri sendiri, hujan emas di negeri ormg. tapi sabah tetap best.

1 : thanx, i think u r the one who know almost everything about me here.

shizuru satonaka said...

ahh..aku belom laie keluar dari kepompong ni :(

Azis said...

all the best to u :)...apa2 pn jgn lupakan family ya