Sunday, 2 September 2007

entri campur-campur

aku rindu rumah. bukan rumah sekarang. rumah yang duku. rumah dulu yang tiada eletrik. rumah dulu yang telur goreng + roti pansalau sudah cukup menggembirakan mila, han, kukui dan aku.

dan aku sangat-sangat rasa bersalah kerana menrungut tinggal di asrama. sedangkan mila mahu belajar malam-malam terpaksa menggunakan lilin.
------------------------------------------------------------------------------------------------

4 bulan cuti tanpa apa-apa perlu dirisaukan (hal-hal pelajaran) menyebabkan aku sedar aku suka belajar. dulu aku sudah bercita-cita mahu berhenti belajar selepas ijazah. sekarang aku mahu belajar sampai post-phd, macam flatmeate aku. hehehhee....
------------------------------------------------------------------------------------------------

aku bingung. rasa macam sangat pentingkan diri pula menerima cinta hanya kerana takut kesunyian di sini.
------------------------------------------------------------------------------------------------

aku tidak suka lapar. lapar mengingatkan aku yang aku bukan kakak yang baik. aku tinggal di asrama ketika mila, han dan kukui hanya makan nasi campur sup kosong setiap hari. aku tiada bersama mereka. dan aku masih tidak bersama mereka sekarang. arrgghhhh.........
------------------------------------------------------------------------------------------------

aku rasa gembira kualiti hidup di rumah bertambah baik semenjak aku belajar ke labuan. aku harus biarkan mereka gembira. membeli apa-apa sahaja mereka mahukan. berhenti membebel sekiranya mereka membazir. just let them be happy zeq, they deserve it.

3 comments:

WaWa said...

woah! bagus la ko. ada cita2 utk blaja smp post-phd. aku pula mcm ada angan2, yg mcm agak sukar utk aku laksanakan.

wawa said...

aku rasa kualiti hidup aku bertambah baik semenjak aku belajar di kluang berbanding di rumah.

oh, kadang-kadang aku mmg sangat selfish.

aku malu dgn zeq

sampulnak said...

wawa 1 : angan-angan jak tu. nnt tukar lagi tu.

wawa 2 : AKU PON SELFISH GAK. NTAH, KADANG2 MACAM MENYESAL.