Wednesday 5 September 2007

minta pandangan

di tempat kerja aku. rakan sekerja aku suka sangat mengutuk tempat kerja. mengungkit kisah hharipertama dia datang kerja di mana dia tidak sengaja tercucuk jarum dan pihak pengurusan tidak memandang isu itu sebagai kronik. dia kata manalah tau dia terjangkit hepatitis atau hiv.

selain itu dia sangat suka bercerita semasa sedang bekerja. tidak apa kalau dia bercerita sambil menyiapkan kerja. tapi dia berhenti kerja dan bercerita.

patutkah aku jawab begini kalau dia mula mengutuk tempat kerja lagi : kalau kau benci sangat kerja ini. kenapa tidak berhenti saja dari hari pertama hari itu? hari kau tercucuk jarum.

------------------------------------------------------------------------------------------------

satu orang lagi yang menyesakkan kepala aku. dia pula suka sangat berkira kerja. buat kerja lambat pula tu. lepas tu selalu blur tidak faham apa aku cakap. dan kami memang terpaksa kerja bersama-sama. ini selalu menyebabkan aku membuat kerja lebih daripada dia kerana sikap dia suka berlambat-lambatan. dan dia selalu tidak mahu membuat sesuatu yang dia sepatutna buat hanya kerana dia tidak suka.

patutkah aku terus mengcover untuk dia berkali-kali? atau lain kali dia berperangai begitu lagi aku terus sahaja report ke pihak pengurusan?

------------------------------------------------------------------------------------------------

seorang lagi pula mempunyai masalah lemah daya ingatan. pernah dia terlupa dia tengah memasak bacon dan meyebabkan kebakaran berlaku di dapur. dia pernah menghanguskan telur dan menyalahkan aku kerana pada masa itu aku membetulkan kesilapannya. aku selalu tertekan kerja di kaunter setiap kali dia bertugas memasak kerana dia selalu sangat lupa apa yang dia perlu masak dan tersangatlah perlahan dalam memasak.

aku hanya dapat berteriak warggghhhhhhhhhhh dalam hati aku. opinion please?

5 comments:

Precious said...

kau tampar jak muka durang laju-laju. lidut, bibiran, babal. ngam lah tu kombinasi tiga urang. buli masuk bukit padang kau jo.

all the best!

Vernon Kedit said...

The nice side of me says: mind your own business, do your work well and one day the management will notice and credit you. The bitch in me says: REPORT! It's a dog eats dog world and never be the under-dog.

ann said...

PRECIOUS : HUAHUAHA... sikit lagi ni, sabar jak. lidut, babal, bibiran,,,,, mmg kesimpulan yg mantap ni.

mr manager : woaaa... welcome mr manager. puas sdh jadi nice ni. kalau satu kali lagi terjadi, aku mau jadi bitch laks!

Azurah Anuar said...

susah eh hidup dalam dunia nih.

there'll always 2 sides of coins.

you choose which side you want to be.

kalau aku ya?

kalau aku, aku harap aku tak jumpa manusia2 macam ini.

shizuru satonaka said...

kalau aku.
reportkan jer :))