Thursday 19 July 2007

bajau laut


pagi-pagi pergi menjual lebihan hasil tangkapan yang tidak dijual kepada pemborong besar ke pasar ikan semporna

contoh terdekat kepada kapal kediaman bajau laut yang aku ada. ni pun curi dari website mana-mana tah

buku yang aku sebut-sebut di entry sebelum ini sudah sampai.


sebelum aku membaca, aku mahu rekodkan semua mitos/fakta/khabar angin mengenai orang bajau laut yang masih ada di memori ku.


masa tadika dulu, kalau kami mahu mengejek seseorang. kami akan kata dia orang pela'u iaitu orang bajau laut. orang semporna secara amnya sangat benci dan sensitif apabila semua orang luar melabelkan kami sebagai bajau laut. sedangkan bagi kami, bajau laut itu sendiri ialah kaum yang aneh. jarang sekali orang semporna akan meletakkan merah sebagai warna kegemaran kerana merah sinonim dengan bajau laut.


menjimatkan penggunaan petrol. layar akan digunakan kalau arah yang dituju sama dengan arah angin bertiup.

dahulu masa aku kecil, aku tidak hairan kalau ada wanita berumur lingkungan 30-40 tahun berkemban dan berkaki ayam berjalan-jalan di pekan membawa ikan segar, ikan kering atau pun sotong kering. bagi aku itu normal. itu ialah pela'u.



aku juga tidak hairan kenapa ramai manusia yang tinggal di dalam kapal yang dilabuh di pesisir laut semporna. bagi aku, itu ialah pela'u.

aku sentiasa dibawa oleh mak atau penjaga ke pasar ikan. dan aku selalu gayat. sebab jambatannya berlubang-lubang dan bergoyang-goyang. tapi aku suka. aku suka bau ikan yang hanyir. aku suka mendengar mereka menjerit-jerit mempromosi ikan masing-masing. bukan saja ikan, rumpai laut, kerang, udang, sotong, tayum, kahanga, tehek tehek dan banyak lagi yang aku tidak tahu namanya. dan aku juga dibagitau mereka penjual-penjual ikan itu ialah pela'u.

mak aku selalu bercerita mengenai pengalamannya menyeludup ke malaysia sekitar tahun 1984, dia menaiki bot orang pela'u dari sitangkai (selatan filipina) ke semporna. dia kata, walaupun dari jarak yang sangat jauh, pemilik bot yang dia naiki boleh mengenali dan menjerit memanggil abangnya yang sangat jauh. dan mereka akan bertegur sapa di tengah laut seperti kita bertegur sapa di jalan raya.

mak aku juga selalu mencertiakan kepada kami, bajau laut di filipina tidak beragama, mereka menyambut semua perayaan, aidilfitri, tahun baru cina dan krismas. selain itu, mereka juga boleh menyelam untuk tempoh masa yang sangat lama.

kami selalu hairan kenapa kerajaan malaysia tidak pernah datang untuk meninjau bakat mereka dan menghantar mereka ke sukan olimpik untuk acara renang.

semasa sekolah rendah, ada dua orang pela'u masuk ke sekolah aku. semua orang kecoh. tapi mereka tidak bertahan lama. hanya bersekolah samapi tahun tiga. khabarnya, mereka akan belajar menangkap ikan kerana belajar tidak berguna untuk mereka.

selepas habis spm, aku bekerja di pusat pelancongan semporna, rakan sekerja di sana selalu bercerita mengenai bajau laut. mereka kata, bayi yang baru lahir akan dicampak ke laut untuk belajar berenang. dan mereka berkata, orang bajau laut mengebumikan mayat di pulau-pulau yang berterabur di semporna. selain itu, mereka juga sangat takut kepada anjing dan kucing. malah, ada yang terjun ke laut apabila mereka ternampak dua jenis haiwan ini.

selain itu, ada juga mitos, orang bajau laut tidak boleh makan minyak maka mereka akan cirit birit. mitos ini tercetus kerana orang bajau laut sentiasa ditangkap polis kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan biasanya akan diberi makanan biasa I(nasi dan lauk), selepas itu mereka akan cirit birit. mereka hanya makan ubi kayu (tompek, eggang, putu) dan hidupan-hicupan laut.

selain itu, aku juga dibagitau orang bajau laut suka menyimpan emas sebagai aset. mungkin sebab itu, kedai emas di semporna semua berderetan di blok yang paling hampir dengan laut.

orang pela'u juga jarang sekali dilihat berada 3 blok jauh dari laut apabila mereka naik ke darat.



semasa aku kerja di pusat pelanconga itu, di situ kali pertama aku melihat secara terperinci kapal baju laut. di dalamnya ada dapur dan buaian, seluruh keluarga hidup di satu ruang yang sama. sebenarnya yang aku lebih kagum, bos aku yang berbangsa cina, berkomunikas dalam bahasa bajau untuk membeli ikan daripada mereka. dan aku juga sungguh terkejut mendapati mereka sangat hebat dalam tawar-menawar walaupun dengan bos cina yang tipikalnya dianggap kedekut.

sebelum aku datang ke bath, sekali lagi aku dapat mendekati orang bajau laut dengan terperinci. kali ini, ayah aku bercadang membina beberapa buah bilik di pulau maiga, maka aku ke sana untuk meninjau-ninjau. aku tertarik dengan rumah-rumah seperti gambar di bawah. dan aku sekali lagi dibagitau oleh nelayan yang turut berlabuh di sana. itu pela'u. mereka kadang-kadang membina rumah di pulau-pulau untuk tujuan berehat.



hanya setakat ini sajalah pengetahuan aku mengenai mereka.

sebenarnya aku tidak tahu, satu hari nanti kalau mereka sangat-sangat terdedah kepada dunia luar, mesti semua mahu mereka dimajukan, tapi itukah yang mereka benar-benar mahukan?

itu yang aku mahu tahu satu hari nanti, apa yang mereka mahu kalau tiba saat mereka dipaksa/terpaksa berubah. dan aku akan cuba menggunakan kemampuan yang aku ada untuk mempertahankan keinginan mereka.

10 comments:

Anonymous said...

bajau, bajau laut esp mmg hebat sebab begitu selesa dgn laut sedangkan most manusia lain begitu takut untuk mendekatinya apatah lg untuk tinggal dan 'berkwn' dgn laut. maybe as long as the bajau laut have their sea at will, they wont need much attention or protection. they mind their own life happily.

Anonymous said...

hum...walaupun aku bukan berbangsa bajau dan aku ada sedikit racism dengan bangsa bajau(stuff like this happen in sabah rite.??), tapi aku suka cara kau tonjolkan mereka dalam entry ni....u are a good writer u know...

ann said...

1 : you rite, as long as they have the sea. i shouldn't worry that much. walaupun sipadan is taken from then there are still lot more island for them. sebab mereka bukan nelayan laut dalam, dorang menangkap ikan di laut cetek.

sankai : i am a good writer? thank you. kadang-kadang aku rasa ayat aku dari satu ayat lain x sinkroni ni. btw, ko asal mana? ya, macam aku, aku prejudis sama orang suluk dan sakit jiwa sama bugis sebab suka-suka kutuk sama orang semporna. hahahha.... that's sabah.

Anonymous said...

aku org tawau...dan aku org bugis...whos care if u dislike another race...i mean...we live with it...tapi tak perlu di tunjukkan bukan.?? ha ha ha...

bagus atau tidak bukan bergantung pada sinkroni dan aku tidak pernah mau tau apa itu sinkroni dalam menulis sebab aku bukan mau jadi penulis..tapi "menulis" adalah salah satu hobi yang bleh buat aku rasa puas...ad i live with it...

Anonymous said...

ok. aku suda menulis blog 5 tahun, tapi aku tdk tau apa itu sinkroni. haha.

dan wei, perenggan ko yg terakhir, bagi aku, aku akan biarkan mereka begitu saja. entah, bukan sbb aku tak suka tapi, kdg2 aku rasa "tinggalan" spt diaorg ni patot dibiarkan. baru ada keunikkan. haha.

dan tdk spt ko dan sankai, aku rasa, buat masa ni, aku tdk racist pada mana2 suku kaum di sabah, kecuali org2 pilipin, yg mmg bukan org jati sabah.

Anonymous said...

Teringat aku time2 kita lepak di surau aspuri, ko sama si bong. cerita dgn aku pasal org pela'u ni. atul pun pernah jugak cerita cuma tak sedetail korg.

Anonymous said...

satu pendedahan yg hampir sempurna ttg org2 pallau'@pelaut,Pallaut semporna.aku sendiri dari semporna tahu sebanyak mana anda tahu ttg org2 pallau' ni.dan rasanya masih banyak yg kita tidak tahu ttg mereka hidup sbg gipsy laut yg amat unik.bagiamanapun aku bangga dgn ketulusanmu mengketengahkan ttg mereka di blog kamu.keep up the good work!
nak sentuh ttg sikap dan rasa prejudis ni..aku rasa kalau prejudis yg tak di tunjukkan itu adalh yg paling BAHAYA..akan merosakkan jiwa dan pemikiran Kita sendiri...dari itulah aku sangat rasa RUGI kalau aku memiliki rasa prejudis ttg sesuatu kaum,bangsa dan kerakyaatan...Kalau TERPAKSA juga ..prejudislah pada INDIVIDU atas sebab2 tertentu dan bukan BANGSA,KAUM atau KERAKYATAAN..semoga kita semua hidup aman rukun dan damai.

PEACE TO ALL...

ann said...

hi kihampau,

ndak da apa2 la ba. ini hanyalah tulisan budak perempuan yg rindu dgn semporna.

hehehhe

do you have ur own blog?

Anonymous said...

ndak ada blog lagi bah.nanti2lah kalau ada nafsu mau jadi blogger..kekekekke....

have a great 1 and take care.

*when was the last time you back in semporna?

ann said...

aku baru jak dtg sini sathu tahun lalu. aku balik semporna tahun depan.