Thursday, 9 August 2007

Cerita perempuan yang tidak dibenarkan merasa nikmat kegembiraan (bahagian 2)

kenapa setiap kali. aku mahu merasa kesronokan dan kegembiraan. aku mahu membuat keputusan yang membolehkan aku 'have fun' dan mengurangkan beban di kepalaku. seseorang akan terluka. seseorang akan berada di dalam masalah disebablan aku. selalunya aku menerima akibat dan balasan yang buruk.

kenapa aku tidak pernah dibenarkan untuk bergembira?

semasa aku sekolah rendah, mak membawa kami adik beradik ke sugar bun untuk makan. untuk sebab yang aku sudah lupa, aku mengubah fikiran. aku mahu burger setelah dibelikan nasi ayam. oleh itu, aku mengambil burger adik aku. dan dia mula menangis. petang itu, diakhiri dengan adegan aku ditengking di tengah-tengah sugarbun, di hadapan semua orang.

semasa aku sekolah menengah, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah dormmate aku untuk satu 'balik kampung weekend'. saja. sebab di rumah aku selalu tidak dilayan dan tiada kawan. malah dihantar seawal pagi ahad ke asrama semula. untuk sebab yang tidak diketahui, ayah aku menunggu di pagar asrama pada petang ahad dan membawa aku balik. dia tidak benarkan aku sekolah lagi selepas itu. alasannya aku ke sekolah hanya utk bersuka-suka dengan lelaki.

selepas mendapat keputusan spm (aku bersekolah di labuan), aku singgah ke kk untkmberjumpa sanak saudara. adik aku mengirimkan sejumpah wang untuk dihantar kepada mak. tapi semasa di lapangan terbang tawau. aku mengambil keputusan untuk ke tawau. berjumpa kawan dan meraikan kejayaan spm. ayah kata ya. dan aku mengamanahkan wang itu kepada ayah. salahkah? dia ayah aku? pada petang itu, aku ditelefon. dimaki hamun di dalam telefon kerana tidak bertanggungjawab.

sekarang di bath, aku mengambil keputusan untuk tidak turun ke satu pesta di bandar kerana mau bersendirian dan mengemas bilik. hari itu berakhir dengan kejadian ini.

cuti musim panas ini, aku bercadang untuk berhenti kerja. dan perkara itu berakhir dengan kejadian ini.

kemudian aku mengambil keputusan untuk bercuti. percutian itu berakhir dengan kejadian dompet aku hilang.

hari ini, aku mendapat kegembiraan dengan berjumpa kawan-kawan baru. kegembiraan itu berakhir dengan tangan celupar aku menyebarkan berita yang tidak pasti kebenarannya ataupun kalau dari sudut pandangan mereka, aku memfitnah.

berhenti menyuruh aku memandang semua perkara dari sudut positif. aku sudah bertahun-tahun memadam memori tidak manis yang mereka conteng di zaman kanak-kanak ku. aku hanya mahu mengingati benda-benda gembira. malah kalau aku bercerita, aku hanya memberitahu perkara-perkara gembira. tapi apa gunanya, orang lain akan tetap memberikan aku kenangan pahit.

aku tetap tidak pernah dibenarkan bergembira.

5 comments:

Anonymous said...

ndak pa...ko anggap jak cam susah dulu senang kemudian, manatau kehidupan ko nnt sangat menggembirakan....positive thinking...-osyim-

1 said...

bila tiba time gembira, enjoy abis2 zeq sbb dtg time sedih, it wud be that bad. chill out ok

crimsonskye said...

If we're being honest with ourselves, we'll remember both. Yang baik dan yang buruk, yang sedih dan yang gembira.

I see nothing's wrong with looking back at the past, problem is when you get stuck in it.

sampulnak said...

thanks everyone

Precious said...

it's a bumpy ride ... hang on. you'll be find kiddo.

to africa in June? its winter so bring your winter jacket. ;) and please go to cape town. ndak tau lah .. masa aku di sana terasa macam aku di malaysia. espcially masa pigi bokaap (tempat orang melayu cape). silap2 hb urang ingat kita orang malay cape. overall capetown is just like another european town. biasalah lah bekas jajahan belanda dan british. jangan pigi johannesburg. high crime city. jam 6pm sunyi sudah bandarnya. kalau mo pi safari better naik pi malawi atau tanzania. i friends in malawi if you want to drop by.

take care! and please smile.