Monday 1 October 2007

tahun kedua

tahun kedua aku secara rasminya bermula hari ini. dan aku tidak perlu menghadiri apa-apa kelas. seronokkan?

aku gembira dengan jadual waktu setakat ini. tiada kelas pada hari rabu. dan hanya satu kelas pada hari isnin (kelas yang aku akan semangat untuk pergi sebab sama dengan orang yang aku usha selama 8 bulan)

aku hanya perlu bangun awal pada hari jumaat, kelas bermula pukul 9.15 pagi.

akhirnya aku rajin untuk menghadiri kelas bahasa sepanyol. ini ialah perancangan jangka panjang, musim panas tahun depan aku dan seorang lagi kawan merancang untuk tinggail di sepanyol selama sebulan mungkin lebih.

duit elaun naik hampir dua kali ganda, bermakna terapi membeli belah boleh dilakukan dengan lebih kerap.

aku memilih minor finance and account, sesuatu yang aku belum pernah belajar. sangat teruja. sangat gembira kerana akhirnya berpeluang belajar sesuatu yng bukan saintifik atau linguistik

setakat ini, sangat selesa dengan housemate dan suka dengan rumah yang besar, ciri-ciri yang jarang didapati bagi rumah inggeris.

internet laju (10mb : sila bunuh diri kalau tidak puas hati) dan tv yang mempunyai berpuluh-puluh rancangan.

malah kami sudah merancang untuk euro trip musim bunga nanti.

nampak seperti tahun yang menyeronokkan, dan berharap ia akan kekal sepanjang tahun.

5 comments:

Anonymous said...

euro trips.?? aku terigin melakukannya...dengan 2-3 org hot chick...ohh indahnya nikatnya dunia...

Anonymous said...

buenos noches senyorita. hihi nak spanish gak.

wow ade usha org 8 bulan eh, mesti italian tu kan zeq. hihih.

kalau berbelanja jgn lupakan aku dikampung ya dan kalau pergi bercuti make sure beg jaga elok2. pickpocket banyak ha.

adios

Azurah Anuar said...

haha

jangan hilang lagi begnya ya.

dan selamat tahun baru untuk kamu.

moga ceria dan gembira hendaknya.

aku dilanda ribut hari nih.

maafkan aku kalau ributitu terkesan dihatimu masa melawat blogku itu.

:(

ann said...

sankai : masih dalam perancangan. kita merancang tuhan menentukan.

1 : hahha.. partially italian, dia tinggal i vatican.

wawa : it's ok. aku pon selalu lepas geram di blog. rasa lega pas tu.

Anonymous said...

oi! aku sakit hati internet 10mb! haha. aku mau install internet, tapi buckingham pekan kecik ni non-cable area. kalo mau internet juga kena pasang BT. masalahnya installation fee £125. gila! mana boleh tahan. lagipon aku bukan nak pakai pun tepon tu. aku sakit hati lagi. ARGHH!