Tuesday 27 November 2007

busy busy busy

Hari ini test MA20010 (vector calculus and partial diffrential equations). pada masa aku sedang menaip, masih ada satu bab untuk diulangkaji.

Khamis pula aku perlu menghantar kerja kursus MN10248 (introduction to accounting and finance). dan aku sangat-sangat perlukan seseorang untuk 'proof-read' kerja aku. pada masa yang sama aku tidak mahu membayar £7 untuk tujuan itu. jadi, sesiapa yang berminat (tidak akan mentertawakan kepoyoan aku di dalam kerja kursus itu) bolehlah secara sukarela menghubungi aku di YM. tidak banyak lebih kurang 1500-2000 patah perkataan sahaja.

Hari selasa minggu depan pula 'assesment' untuk kelas sepanyol. terus terang, aku belum menghafal satu benda pun lagi. sekurang-kurangnya aku tahu 'pronounciation' aku sangat tepat. jadi ada 3 sub seksyen lain lagi yang perlu diulangkaji.

Rancangan untuk ke Nottingham Games (acara sukan tahunan ini dianjurkan oleh pelajar Malaysia University of Nottingham untuk pelajar-pelajar Malaysia di Great Britain mewakili universiti masing-masing dalam bola sepak, bola jaring, bola tampar etc.) terpaksa dibatalkan kerana komitmen kerja yang melampau-lampau dan aku memerlukan duit untuk memastikan kami boleh meneruskan rancangan Jalan-Jalan Mengusha Lelaki Italy, Membuang masa di Portugal semasa 'reading week' dan menonton konsert Spice Girls sempena tahun baru.

Disebalik semua kesibukan aku. aku 'refuse' untuk menyiapkan satu pun perkara yang PERLU aku SIAPKAN . sebaliknya, sekarang aku mengemaskini blog termasuk mengganti layout. semalam aku menonton siri 3 desperate housewives sebanyak 5 episod. hari sebelumnya aku menghabiskan (18 x 45) minit menonton survivor all star. dan pada hari ahad aku berjaya untuk tidur selama 19 jam dalam sehari. hujung minggu aku juga dihabiskan untuk menyusun fail-fail di dalam hard disk baru yang aku bangga-banggakan. serta memuat turun di torrent dan youtube.

nampaknya, aku memang terpaksa menyalahkan diri sendiri semester ini sekiranya aku tidak mencapai keputusan kelas pertama!!!

4 comments:

misoshiru2312 said...

salam zeq..:)
terasa bersalah..mencuri masa ko tadi..bole pula kita berborak lama2 di ym sedangkan ko tgh study..isk..bersalahnya diriku..
nway..all da best!!

Anonymous said...

hoho. good luck untuk semua exam2 ko. :D

superunknown said...

loh zeq. aku mintak maaf sbb tolak jd proof reader aritu. first sbb aku takut aku 'bermain' dgn unchartered territory n buat2 pandai. 2nd takut byk sgt n kalau aku tak mampu buat bila dh dpt. huhu. aku taktau zeq begitu desperate cari, i really thought di sekitar zeq ramai org bagus2 n leh tolong.

if pasni ada perlu proof reading dlm jumlah yg mcm below 2000 tu tanya la aku dulu k. if tgh free aku takkan biar ko tercari2 begini.

ann said...

rahmah : ndak pa, aku mmg mau cari kawan masa tu, tertekan eh belajar banyak2 ni.

wawa : tq for wishing me luck.

wan : i know proof read is not an easy task. I dont blame you. tapi everything is okay, so ok la.