Saturday, 24 November 2007

sambungan

terima kasih kepada semua yang memberi komen-komen bernas di entri sebelum ini. melalui penelitian aku, kita sudah tersalah anggap bahawa untuk menjadi bangsa yang maju kita perlu menjadi bangsa yang 'menguasai dunia' dan tersilap sangka yang proses menjadi bangsa maju itu mahu direalitikan dengan tergesa-gesa.

tidak. tidak sama sekali. apa yang aku tulis sebelum ini, aku hanya mahu kita berhenti mencipta rekod-rekod yang tidak perlu.rekod-rekod yang tidak ada kesinambungan.

osyim tulis duit yang digunakan untuk mencipta rekod sangat sedikit berbanding duit untuk membuat 'research' dan sebagainya. tetapi osyim, dari sedikit itulah, kita mula setapak demi setapak.

sikit-sikit lama-lamajadi bukit. the journey of thousand miles begin with a small step.

menjadi bangsa maju cukup sekadar kebajikan segenap lapisan masyarakat terjaga. cukup sekadar kita mempunyai ekonomi yang mantap. kita mempunyai negara yang bersih. saya mengambil contoh negara-negara scandinavia sebenarnya. keempat-empat ibu negara scandinavia (stockholm, oslo, helsinki, copenhagen) disenaraikan sebagai 'top 5 ' tempat terbaik untuk didiami. mereka ialah contoh negara maju yang tidak mengejar populariti semata-mata. cukup sekadar kita rakyat terjaga dan mampu untuk hidup dengan selesa dan selamat.

sebagai pelajar yang berpeluang belajar di negara yang mempunya cuaca paling 'sedut' di dunia ini, terus terang aku katakan, 90% daripada mereka yang aku kenal mahu menetap di malaysia. kerana makanan, kerana keluarga kerana duit cukai rakyat malaysia yang memberikan kami kehidupan. hujan emas di sini, hujan batu di rumah juga yang selalu muncul di salam mimpi. memang ada segelintir yang enggan balik ke malaysia seperti yang diperkatakan, gaji yang lebih menarik dan mengejar kestabilan.

aku yakin, kalau kita tumpukan untuk mengukuhkan ekonomi , sudah tentu kita mempunyai taraf hidup yang lebih bermutu dan sekaligus mampu menawarkan kestabilan dan gaji yang berbaloi dengan 'kepakaran' mereka yang merosakkan susu sebelanga. (banyak betul guna peribahasa ;)

tentang makanan, sekali lagi aku ingin tekankan, orang bajau laut memasak makanan mereka. cuma mereka tidak makan daging mereka hanya makan hasil lautan dan ubi kayu.

punca-punca mengapa ibubapa sekarang jarang menggalakkan anak mereka bergiat aktif dalam arena suka kerana kita tidak nampak masa depan kita di bidang ini. sebab itulah, aku sangat berharap sesuatu dapat dilakukan agar ibubapa tidak lagi ragu-ragu menghalang bakat anak masing-masing.

kita boleh mencontohi sistem pendidikan tinggi US. di mana pemain-pemain 'american football' yang berbakt semasa sekolah menengah diserap ke universiti untuk belajar bidang yang mera minati berserta biasiswa penuh. semua pihak menang. pelajar itu dapat melanjutkan pelajaran dengan selesa. ibu bapa tidak perlu risau sekiranya karier sukan anak mereka tidak cerah, mereka mempunyai pelajaran sebagai plan B. dan pihak universiti dapat mengekalkan kedudukan mereka di NFL.

semoga penjelasan ini dapat memberikan sudut pandangan yang betul terhadap entri tiga hari yang lalu.

4 comments:

AziS said...

ogos thun dpn ke...best yer blik kg sendiri

semporna dh byk berubah sejak setahun kt sini...cuma masalah air & elektrik tu je la..hehehe

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

well said zeq. aku harap golongan bijak pandai termasuk zeq dapat menyumbang dan mengubah yang mana boleh bila pulang nanti. we really need changes.

Tasuke said...

sorry menyelit..im ur silent reader..i agree with ur points..apapun,harap2 malaun2 yang berada di parlimen adalah semuanya yg berpindidikan tinggi,jati diri bangsa yang tinggi,moral dan nilai2 murni yang tinggi..sebab terlalu banyak "investment" dibuat dengan terlalu sedikit keuntungan..sebab yang buat keputusan x semua berpendidikan tinggi,berjati diri bangsa yang tinggi,bermoral dan mempunyai nilai murni...

sampulnak said...

azis : hehe mmg best. cikgu x balik?

wan :hopefully dapat buat. sangat tajut jadi org yg hanya pandai becakap jak.

hi silent reader, i guess x silent dah pas ni. aku pon rasa kita perlukan pemimpin yg berpandangan jauh n less tamak.