Wednesday, 21 November 2007

tidak guna menjadi terbaik untuk benda yang tidak penting

aku tau aku lambat. kisah 'angkasawan' sudah senyap, aku pula baru menulis hari ini.

aku hairan kenapa kita suka sangat menjadi 'ter' atau 'paling' atau 'pertama' dan semuanya untuk benda-benda yang tidak penting, tidak boleh kita banggakan pun.

kita bangga kita pernah mempunyai bangunan tertinggi di dunia. tetapi aku tidak pernah bangga bila kawan-kawan aku di sini menyebut KLCC sebagai 'the korean building in malaysia'.

kita bangga kita mendaki gunung everest, ke kutub utara, mengelilingi dunia dengan kapal layar. bangga sangat-sangat. kita bangga kerana seorang daripada kita 'berjaya' melakukan sesuatu yang bangsa-bangsa lain lakukan hanya sebagai 'kejayaan indvidu' bukan 'kejayaan nasional'.

alangkah bagusnya kalau kita berhenti daripada membuat rekod-rekod yang tidak bermakna.

alangkah bagusnya kalau kita tumpukan untuk membina universiti terbaik di dunia. semua bangsa bersaing untuk menjadi pusat pendidikan. dengan mempunyai satu universiti terbaik, aku yakin semua golongan akan merasa tempias. kerana untuk membina universiti terbaik, kita perlukan ramai pelajar yang berkaliber dan berkarisma, kita perlukan tenaga-tenaga pengajar yang terbaik dan kita perlukan sistem pendidikan yang terbaik dan konsisten. bukannya setiap kali menteri ditukar. sukatan pelajaran pun mahu ditukar.

dan tahukah kamu 'pendidikan' merupakan salah satu penyumbang ekomoni terbesar di United Kingdom. pelajar-pelajar antarabangsa sekurang-kurangnya telah menjana ekonomi UK sebanyak 8 billion pound pada tahun ini dan angka ini dianggarkan akan terus meningkat di masa depan. dengan 8 billion pound kita boleh menghantar 600 rakyat malaysia ke ISS.

alangkah bagusnya kalau kita menumpukan usaha kita untuk setaraf dengan bangsa-bangsa lain di arena sukan. untuk memenangi piala dunia kita perlukan ramai pemain bola sepak yang handal. kita perlukan infrastruktur sukan yang mantap. kita perlu melakukan sesuatu agar mereka yang bukan di bandar-bandar besar juga memiliki peluang yang sama untuk mengembangkan bakat.

sekurang-kurangnya kita perlu mempunyai liga yang ingin ditonton oleh kita sendiri. dan bayangkan betapa banyaknya duit yang akan dilaburkan oleh para penaja.

bagus kan. kita boleh membuat rekod dan menjadi popular, tapi tidak perlu membuang duit tapi membuat duit.

kalau betul mahu menjadi popular. kenapa kita tidak fokus untuk memberi saingan hebat di olimpik? kenapa kita tidak fokus untuk menghasilkan bangsa yang boleh memenangi hadiah nobel setiap tahun? kenapa kita bangga dengan rekod-rekod yang tidak bermakna.

kenapa kita mahu membuat rekod-rekod baru. kenapa kita tidak kekalkan saja apa yang kita pernah menjadi terbaik. kenapa kita biarkan kedudukan kita dalam badminton dan hoki menjunam. kenapa kita tidak menghasilkan pelapis untuk squash. kenapa kita biarkan universiti kita terkeluar daripada senarai 100 universiti terbaik di dunia.

yang dikejar emas palsu. emas tulen dibiarkan keciciran.

13 comments:

Anonymous said...

very well put.... :)
I couldnt agree more with what you said here.

~C~

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

hopefully kita tak jadi masyarakat yang memalukan diri sendiri. terlalu taksub membeli publisiti untuk menjual nama negara kat negara lain. byk lagi benda leh buat.

misoshiru2312 said...

yup..setuju sgt ngn ko zeq..pernah mau tulis surat pi utusan psl semua ni..tapi ndak buat2 smpai skrg..huhu..spnjg aku di jepun aku ndak pernah jumpa org jepun yang beriya mau jadi "ter"..tapi satu jak sifat org jepun yg aku respect sgt..dorg sgt2la humble wlupun dorg adalah antara bangsa termaju di dunia..sensei aku pnah ckap..arkitek KLIA adlh org jepun..nnt org malaysia pasni bolela jd arkitek di jepun ya..huhu..terasa yg amat sgt..kihkih..pasni aku cdgkan ko buat psl sambutan kemerdekaan yang ntah apa2 bg aku..huhu..kita hnya merdeka pada dentuman bunga api dan dentuman meriam saja..huhu..yeah!!

osyim said...

fikir2 balik apa yang post, pasal jd centre of education; kita negara kecil and sedang membangun, and kebanyakkan uni kita boleh dikatakan baru, baru beroperasi kurang dari 100 thn. perasaan x kebanyakkan uni yang masuk ranking top universities adalah uni2 lama, yang zaman2 kita masih sekolah kampung. and yang menyebabkan kita lambat dalam education...kita kurang buat research...and to do research requires money...again, we're just a small counrty and still developing. same goes with the nobel prize, negara asia yang pernah dapat pun Jepun and china, yang education field diaorang sudah lama berkembang.

pasal bola sepak; aku teringat mak aku cakap, "kalau kita send orang palauk sure menang". tau kan orang palauk diaorang makan mostly x masak...muscle diaorang terbentuk better dr orang yang makan daging masak -> kita. And pemain2 antarabangsa, kebanyakkan orang yang makan daging half-cooked. sure you know that, orang putih mana makan daging fully-cooked. macam jepun, dulu diaorang sangat kecil, then sampai satu masa diaorang decide ikan kena dimakan mentah -> sushi, then baru diaorang ada perkembangan dari segi fizikal. i'm not saying kita kena ubah cara kita makan, or maybe we should? to reach that level. traning xcukup utk produce ahli sukan yang handal. tapi kat malaysia pun diaorang cuba cungkil bakat2 baru dalam bola sepak -> myteam; walaupun team ni selalu kalah ngan team nasional...latihan yang mereka terima x setanding latihan yang diterima nasional team of course. kena jadi pemain yang handal kena bermula dari kecil, cam nicole david. kita ada sekolah sukan, tapi aku xsure cam mana diaorang beroperasi..gotto find out bout that.

cam piala thomas, malaysia selalu menang masa zaman2 adik-beradik sidek. lepas tu, lepas berapa tahun, baru menang balik. diaorang bukan ndak buat pelapis, adik-beradik sidek ni banyak jadi couch. tapi, memang ada bezanya pun kalau yang memang kena paksa main dari kecil dengan yang dah besar baru terima latihan padat.

dari segi pembangunan negara, penduduk kita xlah ramai sangat banding negara membangun lain. selain dari tu, kebanyakkan expertise malaysia xnak kerja kt malaysia, diaorang prefer kerja luar sbb gaji yang dioffer lebih tinggi; sbb perbezaan currency. and untuk maju and sustainable, require time. kalau nak maju cepat nanti jadi cam argentina. cam new zealand, diaorang kira negara maju tapi xda apa sangat pun, sebab penduduk diorang sikit jak.

lagipun, kita dapat banyak duit dari pelancong2. tahun2 melawat malaysia penyumbang utama ekonomi negara.

so, dari kita xmampu sangat lagi untuk buat record yang gempak why not at least letak nama malaysia ditempat yang negara lain boleh kenal, dari langsung ndak pernah kedengaran.

osyim said...

cont...

besides, record2 yang dicipta bukanla record2 yang teruk pun...aku teringat satu presentation masa kelas, kawan aku cakap "kalau kita nak banding pencapaian kita ngan orang lain, ngan orang yang lagi pandai, sampai bila2 pun kita akan duk frustrated. kita kena banding pencapaian kita yang dulu and sekarang..pencapaian diri sendiri..."

semua negara ada history masing2. and hanya sebab negara ni maju giler, kita kena kejar kemajuan diorang... we have to move with our pace or we will stumble before we got there....

rome was not built in a day

Anonymous said...

Osyim said:
"kita kurang buat research...and to do research requires money..."

dengan perbelanjaan utk bina rekod2 yg penulis dah ckp dlm blog ni..kita dah mampu buat research yg sgt bnyk dan berguna utk negara..huhu..

emm..di tempat saya ni..amat jarang penduduknya tahu tentang malaysia..mereka tahu singapura sahaja..nah kita lihat disini..singapura tu lagi kecik dari kita bukan..adkah dengan rekod2 yang telah kita buat tu..nama malaysia mampu dijulang..tidakkan..huhu..antara thailand singapore dan malaysia..yang paling kurang popularitinya adalah malaysia..huhu..mana perginya rekod2 yg membanggakan tu..

kalau mahu lihat sebenar kedudukan negara kita..kita perlu berhijrah..lihat bagaimana bangsa lain berfikir..faham perasaan penulis..sbb penulis juga hidup di kalangan bangsa2 berjaya..huhu

kalau mahu lihat pasal nobel prize..vietnam..bngsa wigur di china juga sdh ada yang tercalon sbg penerima..malaysia??..yg ada bnyk bngunan tggi dan bnyk cipta rekod...huhu

dan sekarang ini..negara2 di asia timur sudah mula meluaskan empayar mereka..bercita2 menjadi kuasa dunia..jepun,china,korea,taiwan..
mereka juga pernah mundur spt negara kita suatu masa dulu..
mentaliti masyarakat yg perlu dibaiki sebenarnya..

ok penulis..teruskan dgn tulisan2 yg bernas..

osyim said...

well anonymous...

do you really think the money spent in making all those records is way enough for doing research??? I should've put this clearly; even if we have enough money we still need expertises for doing it. and, please remind me, where the expertises go???

Sure s'pore terkenal dikalangan negara2 asia, and diaorang terkanal sebab pembangunan negara diaorang. diaorang banyak dealing ngan kebanyakkan big companies dr serata dunia. but, have u ever really look at how they do their 'job'? have u ever heard of all the crisis occured between malaysia and s'pore. well, its clearly represent how they are.I'd chatted with some s'poreans just to see how is it actually at their country. and at some points, i wonder does it really worthy to sacrifice ur identity just to get to that level???

japan is good example of developing country. diaorang masih jepun walaupun diaorang sudah maju. and diaorang membangun sangat cepat selepas hiroshima and nagasaki kena bomb. but that's japaneses, whom rather hang themselves than to get humilated. u know, berapa ramai jepun gantung diri masa diaorang kalah perang. but that's not the point anyway. the point is they got there by being who they are and they got there too fast is because who they are.

you got it right when you mentioned about the mentality of the society. it's got to be fixed. but can u fix it in like 10 years time??? know how malays are in here. they feel so priveledged by the akta hak orang melayu, and been taking it for granted. and it is not something like u can simply cancel the acts. there will be chaos. and what is worse, when all the races are killing each other. it is not a simple thing to keep that acts nor u can simply cancel it. and too bad for the country, the majority of the nation is malays. hopefully we'll get this problem solved sooner.(im not saying all malays are the same, but most of them are like that)

we could be like other countries, "mula meluaskan empayar mereka...bercita2 menjadi kuasa dunia" if satu negara stand on one side and willing to work to their very bones to get there. but we cant since the majority of the nation prefer to be fed rather than feeding themselves. and its not something we can change dalam satu malam.

kita negara yang berbilang bangsa, something yang kita boleh banggakan sebab kita boleh hidup in peace. but, dalam masa yang sama, its kinda the only thing that stand before us in getting apa yang sepatutnya kita kejar.

Precious said...

:) true enough ... klcc pun arkiteknya dari argentina. :) they said they wanted to make us proud, sedangkan perbelanjaan itu boleh tolong bina berapa banyak rumah pprt, atau bantuan buku teks, biasiswa ..the list goes on lah. aku pernah tanyakan kepada seseorang yang penting mengenai hal ini, jawapannya, its all about branding the country . well, mahal benar harga branding nya kan?

rafshan said...

perhatian!!!!
pasal klcc tu, pada perancangan awal, jadi bangunan tertinggi di dunia bukan tujuan! tapi bila dah nak selesai, barulah idea tu muncul, dgn menambahkan tiang tak berfungsi di atas klcc tuhh!!!
tgk discovery channel.
jadi kita tak perlu berbangga sgt dgn klcc, tp klcc adalah tpt aku enjoy :)
pasal komen osyim tu, hurm, heheh. makan daging tak masakk? haaa?!!!!
karang kena jangkitan trichinella sp. / tanea sp. bru tau. makan daging tak masak bukan faktor membina otot lah!
cuma nisbah protein dlm ikan adalah lebih besar dari nisbah protein dalam daging yg turut ada byk lemak. jadi jgn korang try makan daging / ayam mentah utk tambah otot!!! nanti sakit baru tau.
lagipun aktiviti enzim terhadap proteolisis sblm diserap usus tak dipengaruhi masak atau tidak, paling ptg kurangnya inteferens penyerapan asid amino tadi...

pasal pendidikan tu aku setuju sgt. berbalik kpd komen osyim lagi, aku suka pegang pada prinsip ni "if not now, then when? if not us, then who?"
jadi kalau usaha utk tingkat kualiti pendidikan tak mula dari skrg dan tiada siapa yg mau memulakannya, sampai bila pun akan di aras itu itu jugak. "perjalanan yg jauh bermula dgn satu langkah yg kecil"

kalau anda belajar di negara yg lebih mundur dari malaysia, cara berfikir anda akan berbeza dgn mereka yg belajar di begara 112% kali lipat maju dr malaysia...

tp tgk eh org malaysia, terutama org MELAYU, spt yg dapat biasiswa MARA.
mereka tu org pandai. belajar dlm sains / math / perubatan, belajar oversea negara yg maju.
kerana biasiswa mara tak terikat dgn government, mereka lebih senang kerja di luar negara setelah abis belaajr, sbb hidup diluar negara lebihg menyenangkan utk mereka!! terus, SIAPA YG AKAN MEMAJUKAN MALAYSIA, KALAU ORG2 MELAYU YG PANDAI DAN EGO DAN SOMBONG TADI MENGAMBIL KEPUTUSAN UTK KERJA DI LUAR NEGARA, BERBANDING PULANG KE NEGARA SENDIRI UTK MEMBANTU ANAK BANGSA YG KURANG BERNASIB BAIK KERANA TIDAK DIANUGERAHKAN KEPANDAIAN SPT MEREKA???

aku pandang serius masalah pendidikan...

aku mahu menjadi seorang Guru...

nanti aku sambung lagi, this is an interesting discussion!!!

http://www.peppermintfresh.blogs.friendster.com/

sana ada entry pasal angkasawan gak. heheh.
tp versi bukan ilmiah. hahah

WaWa said...

entri ini dan entri di atas (yang sambungan) adalah entri paling menarik pernah aku baca di sini. (selain entri bajau laut).

dengan semua poin yg ko berikan, aku sangat setuju. sangat2.

teruskan tulis isu2 begini. :D

Mimi said...

kupasan isu yang mantap! dan aku setuju dgn semua point ko...aku nak tambah siket..brain drain mmg sgt terok kat malaysia..ramai educated and highly skilled people blah dari malaysia..pastu student malaysia yg kat luar negara pulak ramai yg xbalik..so cmne msia nk maju? aku dgr dr sumber yg boleh dipercayai ramai rakyat malaysia yang bekerja dgn NASA..dan kat tempat aku blaja plak..bile aku jalan2 kat city mesti ade je org tego aku..soklan pertama "r u malaysian?" aku angguk..dan diorg pon mula bercerita yg diorg pon org malaysia tp dah lame berhijrah ke negara kiwi nih for better living..why? korupsi di malaysia yg sgt terok kate diorg...peluang pekerjaan yang sedikit..starting salary yg rendah...macam2 cukai...tol lagi..tu laa antara sebab mengape mrk berhijrah dan taknak balik

ChikaDior said...

you are right.

dan hentikan agenda mempolitikkan universiti.

eMpTycuBe said...

aha betultu aku pun baru buat post regarding soyuz pasal semalam ada perbalaan di parliment pasal soyuz..maka aku keutarakan hal itu