Sunday, 4 November 2007

kawan-kawan kenapa mahu lawan

8 jenis kawan yang aku ada di muka bumi ini :

1. kawan yang mengenali keluarga aku, tempat tinggal aku, sejarah aku, aku kenal dia sama seperti dia kenal aku. sentiasa berhubung dan boleh diharap bila-bila masa aku inginkan secebis berita dari malaysia.

2. kawan sekolah yang masih berhubung. bertukar berita sekali sekala. dia ada hidup baru. dan aku juga ada hidup baru.

3. kawan online yang tidak pernah jumpa. selalu memberi sokongan walaupun aku salah dalam apa-apa situasi.

4. kawan rumah yang boleh diajak menyanyi, menari, membeli belah, tengok wayang dan berkongsi cerita lelaki-lelaki bangang.

5. kawan di kelas yang berakhir apabila berpisah bas.

6. kawan di tempat kerja yang tidak pernah ditemui di luar tempat kerja.

7. kawan satu komuniti yang hanya sekadar bertegur sapa. bertanya soalan plastik.

8. kawan yang hari ini ialah kawan baik aku. esoknya apabila dia ada 'sesuatu' atau 'seseorang', aku seolah-olah orang asing di tepi jalan.

kalau kamu kawan aku dan membaca blog ini dan rajin meninggalkan komen. sila teka kamu kategori kawan mana satu?

11 comments:

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

"selalu memberi sokongan walaupun aku salah dalam apa-apa situasi."

lawak la zeq ayat tu. aku janji nnt zeq buat salah aku tak sokong langsung. hehe. so obviusly aku masuk golongan no 3.

pReciOus shaRihaNa said...

how i wish i cn b ur no.1 fren...
uhuk ;-)
mish ya...

WaWa said...

aku no 3. haha. kan?

sampulnak said...

wan : betul, mmg nmbr 3. aku tulis ayat tu, aku pikir pasal wan sebenarnya.

pah : ya , ko ble la jatuh 1.2 punya kawan. intermediate diantara nmbr 1 dgn 2.

wawa : yepz wawa, ko nmbr 3.

osyim said...

aku nk jadi no 1 boleh?? :D

shizuru satonaka said...

aku no 2 kaa? :D

rahmah said...

aku no 2 kot..huhu

wawa said...

aku pun tahu aku no 3.

mmg kadang2 kita perlu kawan yang menegur apabila kita salah.

tapi kadang2 kita perlu juga kawan yang menyokong kita dalam apa jua situasi.

biasanya kesalahan yang kita buat adalah kesalahan yang nyata, yang tampak jelas dimata, cuma kita sahaja yang nafikan.

tak mengapa kalau begitu. sebab bila ego dah berkurangan, kita pasti akan mengaku kesalahan itu.

jadi aku tak kisah masuk golongan ketiga.

:)

sampulnak said...

rahmah, wawa.

betul2. kamu x salah teka!

aku suka kalau kawan yg sokong aku walaupon aku salah. sebab buat aku rasa aku x sendiri.

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

wah meriah. kalau ko izin zeq, nnt aku nk tiru la posting ko ni tp diubah ikut realiti aku. inspirational lah. hehe. tc!

Precious said...

i will definately be number 3