Monday 3 December 2007

aspuri S2E2 (turun - temurun)

harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan hutang
aspuri pergi meninggalkan baldi dan penyangkut baju.
-------------------------------------------------
kali pertama kami didenda mencuci tandas.
kami didenda bersama-sama kakak senior.
dan mereka dengan tekunnya mengajar kami cara-cara mencuci tandas yang berkesan.
kerana mereka kata, mereka akan bersara tidak lama lagi.
kami ialah pelapis harapan.

sungguh sistematikkan aspuri kami?
------------------------------------------
aku tidak faham kenapa aspuri suka menconteng bantal.
kalau kau baca dengan teliti contengan di bantal sendiri.
kau boleh tau bantal itu pernah dimiliki oleh siapa sejak berpuluh-puluh batch yang lalu.
kau boleh tahu apa lagu kegemarannya.
kau boleh tahu dia bercinta dengan siapa.
dan kau boleh tahu dia benci siapa.

ya, bantal seperti gua yang mempunyai lukisan org zaman paleolitik kepada aspuri.
kau boleh tau kisah kehidupan senior-senior yang kau tidak pernah jumpa, kalau kau cukup rajin untuk mengkaji bantal kau.
-------------------------------------------------
mewarisi tilam dari aspura adalah sesuatu yang jijik
sangat jijik.
terutamanya kalau tilam itu ada lubang-lubang misteri.
--------------------------------------------------

klik sini untuk kisah-kisah aspuri yang lain.

7 comments:

posmen said...

still ingat cite2 seram yg diwarisi turun temurun since batch 70's at my school..

but nobody want to sleep on it.. what a big book.. hehehe

Acaii Jawe said...

hahahaaa, ada ke wak yg warisi tilam dari aspura,heheh..conteng slalu kat katil je wak..terutamanya kat katil bawah yg menconteng katil atasnya,kikiki

Anonymous said...

oitzzz. talking bout disgusting things aahh?
heheh.
then we should ask girlz y their toilet almost always tersumbattt???
:P
berak batu kahh? :P

tilam aspura? hahahh. mwahahahha. huhuhuu. hhahaha. hohoo.

aku pun dpt tilam baru time kat smsl duluu.

aku pun ada tinggalkan jejak aku kat katil aku "rafshan was here, spm 2003"

standard la kan?

superunknown said...

bantal lukisan zaman paleolitik zeq?

haha. kritikal2. sah dah skolah ko ni terlepas dari kementerian dulu untuk tukar bantal selang beberapa tahun. hihi

ann said...

posmen : hehhe, crt hantu dah pernah buat tahun lalu rasanya.

faisal : tilam pon kena conteng gak. tapi x sebanyak bantal.

rafshan : hahah, aspuri mmg. semua berak batu kecuali aku. skema gila contengan kau di tilam. mesti ko kena ketwakan ni.

aku punya contengan kalau tidak siplap macam ni.

acaiamoy - forever in love. jiwang kan?

wan : asrama kitorang tu mmg xpenah kena upgrade. x faham kenapa.

Anonymous said...

hehehe...lucu la duk asrama ni..mcm2

ann said...

testing