Tuesday 5 February 2008

hari ini aku ada perbicangan kumpulan bersama farid kamil

Perkara-perkara yang aku tahu tentang farid kamil setakat hari ini:


  • dia lahir dan membesar di Russia, tetapi memegang kewarganegaraan Israel dan British.

  • aku tahu nama penuh dan nama singkatannya.

  • dia pernah mempunyai gf orang malaysia empat/lima tahun yang lalu.

  • dia bukan seorang bf yang baik (dia mengaku sendiri).

  • dia sangat mementingkan tatabahasa dan penggunaan kosa kata di dalam laporan kami.

  • dia rajin memuji sekiranya aku membuat sesuatu dengan baik. seperti mencari gambar arnab yang comel dan menggunakan ayat yang bagus untuk laporan kami.

  • sekarang dia tinggal bersama dua orang arab.

  • dia boleh berbahasa arab, dan membuat demo kepada aku. 80% perbendaharaan bahasa arabnya ialah perkataan memaki.

  • dia tidak suka MATLAB, sama macam aku.

  • dia pernah dinasihatkan tidak transit di Malaysia semasa dia dan 'pasukannya' ke singapura, tetapi aku tidak tahu lagi pasukan apa. perlu tanya di masa hadapan.

  • DIA TAHU AKU BERASAL DARI MALAYSIA SEBELUM AKU BERITAHU DIA!!!

Perbincangan kami diakhiri dengan dia secara sukarela menemankan aku mencetak dan menghantar laporan kepada tutor kami.

*bahagia kuasa dua*

3 comments:

Anonymous said...

wah. ada dua passport lah si farid kamil ni. cis. jeles pula. malaysia tak kasi kita pegang dua warganegara. kalau tak, hahaha..

pernah ada gf org malaysia? haa, apa lagi zeq. ngorat la dia. pastu ajar dia jadi bf yang baik.

superunknown said...

aku tak sabar menanti bahagia kuasa lapan pula. hihi.

Osyim said...

huhuhu....love is in the air..:P