Thursday 15 May 2008

Reservation for 1

Berumur awal 20-an sangat melucukan. Kawan-kawan kita akan terbahagi kepada dua jenis. Yang berpasangan dan tidak berpasangan.

Sekiranya anda berpasangan, sila berhenti membaca kerana tulisan ini bias kepada mereka yang berseorangan dan stereotaipnya dianggap sunyi dan pengalah (loser).

Jarang sekali kita melihat mereka yang berpasangan akan seerat semasa kita bersama-sama berseorangan dulu. Pasangan si berpasangan itu adalah keutamaan dalam hidup.

Kami yang berseorangan ini juga sering menjadi mangsa emosi tidak stabil mereka yang berpasangan dan sentiasa merasa dipinggirkan. Hal rumahtangga tidak boleh dikongsi bersama.

Orang yang tidak berpasangan sebenarnya mempunyai banyak masalah :

  1. Dipandang serong apabila makan berseorangan di restoran.
  2. Kawan-kawan menjadi semakin sedikit kerana mereka yang berpasangan akan terkeluar daripada kumpulan sosial itu.
  3. Masalah rendah diri kerana jauh di sudut hati kami sebenarnya terdetik persoalan adakah aku sangat tidak menarik sehingga kekal berseorangan sehingga ke saat ini.
  4. Dianggap sebagai seseorang yang terlalu memilih.
  5. Dianggap belum matang oleh mereka yang sudah berpasangan.
  6. (aku ketandusan idea. Sila letak di ruang komen sekiranya anda mengalami nasib yang sama dan bantuan untuk memanjangkan senarai ini sangat dialu-alukan, lagi sarkastik lagi bagus.)

Walaubagaimanapun, kepada orang-orang yang bersendirian di saat ini, mari bersama-sama menikmati kebebasan kita sehingga kita menjadi salah seorang yang berpasangan dan menjengkelkan.

1 comment:

superunknown said...

aku tak pasti sbb dh masuk lewat 20 puluhan aku masih layak bagi 2 sen. tapi lantaklah kan. setelah keluar dari hubungan 5 tahun dan menjadi solo, dan sebelum tu single sampai umur 22. aku rasa berpasangan sangat mudah di overrate. sbb itu bila suffer pun over juga. dan of coz bila berbunga pun over juga. kesimpulan, aku sendiri tanak dah.

dan aku tambah utk
6).akan disangka gay atau lesbo. wiwitt